Feb 15, 2011

sambutan maulidurrasul; wadah pemerkasaan kepimpinan ummah

Firman Allah swt dalam al-Anbiya’ ayat 107 :

Dan tiadalah kami mengutus kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat sekalian alam.

Saban tahun, sambutan maulidurrasul pasti akan di sambut di setiap pelusuk dunia oleh pelbagai golongan. Sadisnya, kadang-kadang ia disambut dengan penuh meriah sehingga memakan perbelanjaan yang sangat tinggi namun dalam masa yang sama, hokum islam masih diketepikan, maksiat berleluasa dan banyak lagi perkara yang mencabar kemurkaan Allah dibiarkan berlaku tanpa penguatkuasaan.

Satu harapan yang sangat tinggi supaya sambutan maulidur rasul yang telah, sedang dan akan diadakan dapat mencetuskan satu kerangka asas jiwa umat Islam terhadap aqidah yang sahih. Menghayati sirah nabawi serta faham dalam gerak kerja rasulullah saw dalam membawa manusia mentauhidkan Allah secara istiqamah samada sebelum, semasa dan selepas sambutan Maulidur Rasul.

Kacau hati memikirkan realiti masyarakat Islam hari ini yang kian kritikal diamuk serangan demi serangan. Akar-akar perosak aqidah semakin merebak dalam pelbagai bentuk telah melahirkan generasi-generasi yang keliru pemikirannya. Tusukan liberalism, plurasme, sekularisme hinggalah gerakan memurtadkan umat islam terus menikam pemikiran ummah tanpa kawalan yang haq.

Maka, kita memerlukan gagasan kepimpinan ummah yang memiliki pemikiran yang bersih selari dengan kehendak islam yang sebenar dalam memebendung gejala kerosakan ini. Khususnya buat mahasiswa Darul Quran, supaya berani menggalas beban, memikul amanah dalam menyambung misi pembersihan umat dari kejahilan yang nyata sterusnya melahirkan fenomena gegar dalam kepimpinan hari ini. Janganlah hanya nostalgik terhadap kejayaan baginda tetapi reflektif terhadap factor yang mengiringi kejayaan tersebut.

buat semua warga Darul Quran, sahabat2 seperjuangan.. salam maulidurrasul ana ucapkan. moga sambutan dan kehadiran hari bersejarah ini makin menambah penghayatan, kefahaman dan kesedaran terhadap perjuangan dalam menaikkan syiar islam.. wallahualam..

adilawie-dq
UTIKI