Mar 28, 2013

kembali kepada fitrah~


الفطرة هي طبيعة الإنسان وأخلاقه التي بها خلق منذ نشأته الأولى ، قبل أن تغيره البيئة وتؤثر فيه ، فكل إنسان مولود على الفطرة لكن البيئة أو المجتمع هو الذي يؤثر على طبيعته الأخلاقية وتدينة فتغيره من حسن إلى أحسن أو من طبيعته الفطرية الحسنة إلى طبيعة سيئة.

ويقول النبي صلّى الله عليه وسلّم ("كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه ….")




Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah. ibu bapanya dan suasana pembesarannya yang menjadikannya sebagai seorang Yahudi, Nasrani, dan Majusi...





Kata ustaz kite dalam satu kuliah ni, asas agama seseorang tu adalah fitrah yakni baik. Kejahatan tu adalah sifat sementara. Ia wujud bagi menyerlahkan kebaikan yang ada di atas muka bumi ni. Dan hanya yang menggunakan iman dan akal sahaja dapat membezakan mane yang baik dan buruk. Bermulanya kelahiran kita di atas muka bumi ni secara fitrah iaitu dalam keadaan yang suci dan bersih ibarat sebuah kain putih.. sehingga datangla kepada kita warna-warna kehidupan yang mencorakkannya. ada yang dicorakkan dengan warna yang gelap..ada juga yang terang dan ada juga yang menyegarkan mata memandang.


Teringat sebuah kisah, seorang pemuda yang waktu usia kecilnya seorang anak yang baik, lembut hatinya dan sering mendampingi ayahnya walau ke mana jua. Seorang adik yang disayangi oleh kakak-kakaknya. Tika di awal remajanya,dia mula kenal dunia..berkawan dan bersosial. Kawan menjadi keutamaannya, dan keluarga cuma teman sementara..rumah pula ibarat tempat tumpangan tidur semata.. rokok mula jadi perhatiaannya. Fitrahnya telah dicorakkan oleh warna-warna kusam dunia. Saat dia hampir tersungkur jatuh ke lembah hina, dia mula sedar betapa kosong dan tidak bermaknanya gaya hidupnya selama ini. Dia melihat Ibunya menitis air mata, ayahnya berhabis tenaga untuk memulihkan semangat dan kembalikan tenaga mudanya… saat itu, mata hatinya disuluh cahaya dan dia mahu kembali kepada fitrah asalnya. Solat mula diutamakan…ceramah-ceramah agama mula menjadi pilihan. Dan wajahnya tampak tenang bercahaya dek hatinya disuluh iman. Syukur kepada Tuhan… kerana hambanya sudah kembali kepada fitrah asal kejadian.


Seseorang yang dilahirkan di sebuah kampong, tapi mula berpindah ke merata tempat demi mencari dan menambah nilai hidup akhirnya akan pulang jua ke kampong halamannya pabila dia rindu. Sama juga kita sebagai seorang yang lahir di atas fitrah yang asalnya suci dan bersih..hakikatnya walaupun berhadapan dengan cabaran dunia ini yang banyak melalaikan dan menjauhkan diri kita dari matlamat asal kejadian kita sebagai hamba dan juge khalifah Allah di bumi ni…jauh di sudut hati kecil kite meronta-meronta meminta kita kembali kepada fitrah dan kebaikan. Cuma, tak ramai yang mengendahkan rontaanya.. beruntunglah bagi mereka yang menyahut rontaan si hati dan mula membuka mata melihat reality dan hakikat kehidupan sebenar di dunia ini yang hanya pinjaman sementara...
  


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan