May 13, 2013

CARI DAN DATANGI..|(^^)/



Isu pilihanraya masih lagi terasa bahangnya...
Isu penipuan, tidak telus, tidak bersih, politik dendam...makin menjadi2..
ulasan kemenangan, faktor kekalahan.. blh didapati kt mane2..
sebab sekarang pengulas da ramai..tak yah tunggu politician je..
budak2 skola, budak2 U pun dah celik skg..
so, kita yg jadi pembaca ni boleh la timbang tara
mana satu intan mana satu kaca...


...................................................


Semua sibuk bercakap pasal matlamat
ye..memang kita ada matlamat..jelas dan mantap
cuma kadang2 kite kena sedar..
adanya matlamat belum tentu dapat dicapai
kadang2 tersangkut kat tengah jalan..
kadang2 termasuk simpang lain sekejap.. then baru jumpa jalan yg betul
kadang2 rasa lelah
kadang2 rasa penat
kadang2 rasa xnak teruskan da..
perasaan tu semua biasa..
Allah uji mane hamba2nya yg mampu bertahan
yang mane mampu terus istiqamah di jalannya..


..................................................


Surah Fusilat Ayat : 6


Ertinya : katakanlah (wahai Muhammad) : "sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu, maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanNya...)


Jalan menuju redha Allah, jalan nak menuju syurga dia, jalan nak menuju nikmat yang dijanjikan olehNya.. bukanlah mudah.. lihat sahaja sirah nabi dan sahabat2 terdahulu.. yang telah dijanjikan syurga buat mereka... laluan yg mereka lalui cukup perih dan pedih. ada yang terkoban, disiksa, dihina, difitnah, dibuang keluarga..demi nak tegakkan islam di muka bumi.. namun semua tu macam langsung tak effect terhadap perjuangan mereka... Subhanallah, hebatnya mereka.. sakit dunia tidak terasa, kerana nikmat akhirat itu telah pun dirasai segenap jiwa mereka.. (TT)


Persoalan, adakah kita yang masih lena tidurnya, cukup makan-minumnya, tidak pernah luka badannya.. mampu merasai syurgaNya?? ujian perasaan pun kadang2 tak mampu nak hadapi, macamne agaknya ujian2 yg jauh lebih besar ni... 


......................................................


Aku pernah menyesal kerana sikit skali sumbangan aku untuk memenangkan perjuangan itu, malah pernah elakkan diri, pernah juga berniat mahu menyepikan diri, tapi aku tak pernah diberi peluang untuk larikan diri, kerana pasti ada yang mencari, kerana aku masih di sini.. kerana aku masih di bumi.. kerana aku masih diberi peluang olehNya untuk menebus diri.. jangan sampai satu masa, peluang itu tidak lagi diberi, pengganti sudah menempatkan diri, kau sudah tidak dipedulikan olehNya lagi, saat itu penyesalan tak berguna lagi...maka kembali..kembalilah pada pada perjuangan itu, yang tidak mendatangi..tapi perlu dicari dan didatangi..


.......................................................