Mar 18, 2014

bantah LIFE IN COLOUR!

Assalamualaikum

Post kali ni adalah untuk menyatakan sokongan saya kepada seluruh organisasi dan badan-badan bukan kerajaan untuk TOLAK dan membantah sekeras-kerasnya concert LIFE IN COLOR.️

Baru-baru ni Negara kita digemparkan dengan berita 6 orang terbunuh dan 3 orang berada dalam keadaan kritikal ekoran pengambilan dadah berlebihan ketika menghadiri Konsert Future Music Festival Asia anjuran Live Scape Sdn Bhd di Stadium Bukit Jalil pada 13 hingga 14 Mac yang lalu sebelum dibatalkan pada 15 Mac 2014. Namun berita ini seperti tidak diambil iktibar oleh pihak kerajaan.



Saya secara individu, mendesak supaya Kerajaan Malaysia membatalkan pesta liar Life in Color Malaysia yang dianjurkan oleh Future Sound Asia dan Zouk dan disokong pula oleh Malaysia Major Events Division Of Malaysia Convention dan Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia di mana telah mendapat tajaan Heineken (syarikat arak).

Saya ingin menyeru seluruh warga Malaysia tak kira di mana anda berada untuk membantah sekeras-kerasnya Pesta liar ini yang bakal berlangsung di Go Kart Circuit Sepang International Circuit pada 19 April 2014.

Bantah..desak..gunalah apa sahaja mekanisma yang anda ada supaya kejadian seperti di bukit Jalil baru-baru ini tidak lagi berulang. Ayuh selamatkan aqidah anak-anak muda kita. Selamatkan mereka dari pemusnah generasi Islam.

Jika takut BALA menimpa
Usah menempah murka ALLAH

ayuh sokong usaha mereka!!

anak muda tolak konsert liar
harakah siswa
persatuan belia islam nasional
muslim care society


"Kamu haramkan dadah, kamu halalkan konsert dadah. Kamu haramkan anak zina,
kamu halalkan pergaulan bebas. Kamu mahu syurga, kamu bergerak ke neraka."
-Ustaz Nik Mohd Abduh dari Pasir Mas-