Oct 24, 2014

HIJRAH 1436

Sebelum ni sy belum cukup matang dalam menghadapi sesuatu perkara ataupun masalah terutamanya berkaitan dengan emosi. 

Moga dengan kemasukan tahun baru Hijrah kali ni, sy mampu untuk mengurus diri.. kembali kepada tanggungjawab yg lbh utama. Banyak kali sy rs hilang dr fokus utama, Fikiran asyik ke arah negatif.. Rasa putus asa.. kosong. Dan banyak perkara yg tak dpt diluahkan. 

Setiap patah tulisan ini tiada unsur ilmiah kerana kurangnya menelaah. Isi pun tidak tersusun kerana yg memandunya hati bukan akal. Akal lemah bila hati pun lemah. 
 
Sy mahu hijrah ke arah lebih baik dan cemerlang.
Moga ujian hidup ini lebih dekatkan diri dgn Tuhan.
Ujian ini tidaklah seberapa kalau dibandingkan dengan saudara Islam yg lain.
Maka sy tidak boleh lemah.
Ayuh melangkah dengan lebih gagah.





beberapa mutiara kata yang boleh dikongsikan bersama :

" Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna "

" Apabila anda terlalu banyak berfikir, syaitan sangat suka mendekati untuk meracun dan menggelisahkan anda. Tiba saat itu, BACA dan HAYATILAH ayat-ayat cinta dari al-Quran."

" Aku mesti mencari cinta Allah sebelum aku mencari cinta selainNya. "





p/s : harapan utk post seterusnya, 
       1) lebih ilmiah (bykkan membaca dan mendengar kuliah)
       2) update le.. jgn biar bersarang
       3) stay strong and keep it up!