Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Mar 18, 2014

bantah LIFE IN COLOUR!

Assalamualaikum

Post kali ni adalah untuk menyatakan sokongan saya kepada seluruh organisasi dan badan-badan bukan kerajaan untuk TOLAK dan membantah sekeras-kerasnya concert LIFE IN COLOR.️

Baru-baru ni Negara kita digemparkan dengan berita 6 orang terbunuh dan 3 orang berada dalam keadaan kritikal ekoran pengambilan dadah berlebihan ketika menghadiri Konsert Future Music Festival Asia anjuran Live Scape Sdn Bhd di Stadium Bukit Jalil pada 13 hingga 14 Mac yang lalu sebelum dibatalkan pada 15 Mac 2014. Namun berita ini seperti tidak diambil iktibar oleh pihak kerajaan.



Saya secara individu, mendesak supaya Kerajaan Malaysia membatalkan pesta liar Life in Color Malaysia yang dianjurkan oleh Future Sound Asia dan Zouk dan disokong pula oleh Malaysia Major Events Division Of Malaysia Convention dan Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia di mana telah mendapat tajaan Heineken (syarikat arak).

Saya ingin menyeru seluruh warga Malaysia tak kira di mana anda berada untuk membantah sekeras-kerasnya Pesta liar ini yang bakal berlangsung di Go Kart Circuit Sepang International Circuit pada 19 April 2014.

Bantah..desak..gunalah apa sahaja mekanisma yang anda ada supaya kejadian seperti di bukit Jalil baru-baru ini tidak lagi berulang. Ayuh selamatkan aqidah anak-anak muda kita. Selamatkan mereka dari pemusnah generasi Islam.

Jika takut BALA menimpa
Usah menempah murka ALLAH

ayuh sokong usaha mereka!!

anak muda tolak konsert liar
harakah siswa
persatuan belia islam nasional
muslim care society


"Kamu haramkan dadah, kamu halalkan konsert dadah. Kamu haramkan anak zina,
kamu halalkan pergaulan bebas. Kamu mahu syurga, kamu bergerak ke neraka."
-Ustaz Nik Mohd Abduh dari Pasir Mas-


Jul 11, 2013

DARE TO FAIL! lol!


This is my first entry in English. I'm really weak in this language. We need to attend English Support Programmed (ELSP) under USIM's programmed for one week, and the other week for Arabic language. While the others enjoyed their holiday, we need to wake up in the early morning and go to the class. huhuhuhu.. at first, I don't understand what so important to learn this language. I called it 'bahasa penjajah!'.. It was so annoying.. My tongue become terbelit2 and I was bag of nerves every time miss ask to speak in english. Huwaaa=(

Today's story! We need to discuss some topic in a group. Like MUET test speaking.. kuang2.. I've been chosen with 3 of my friends to sit in front of the other members. Unfortunately, I'm just listen without a single word.. What a shamful lol!!

Jantung wa cam nak terkeluaq da. Tak taula nape nervous sangat.. waduh2, bikin malu sama orang kampung...kikikiki...

But, after read someone's blog, with a lot of sharing about his moment with a few international organization and NGO, doing some volunteer activities and demonstrative for human rights.. I started changed my mind.. I need to learn English language.. so that I also can do the same thing.. Sharing with the others country's culture, what are they sacrifices for..and what can I give or help them.. 

I will continue study this language and will not give! Yeaayy!! Dare to fail!! Tak kisah la orang nak kata pe pun.. MUET wa kena capai band 3, kalo tak..xleh grad..hihi.. But! But! But! learn English not only for MUET ya! Islam encourage us to learn different language as much as we can so that kite tak diperbodohkan oleh orang lain.

Lastly, I'm very very very sure that there are many broken english and wrong grammar... So, please look after me.. haha betol ke tidok ayat nih... Sekian, wait for ARABIC plak yo, 6t wa terjemah je entry ni dalam bhs arab..kikiki =)




haa... Salam Ramadhan Kareem to all muslims! May Allah bless and accept our fasts and reward us with His Forgiveness and enter us into His Jannah.. Amin!!




Jun 11, 2013

~kenangan terindah~

Perkara paling best ialah bila duk remind balik kenangan2 dulu... masa kecik, masa sekolah..
hari ni tetiba terimbau balik kenangan adik-beradik ambe time duk menetap di Kampung Tengah,Kemaman dulu2...

.....................................................................

Permainan Kami

Yang paling best ialah zaman memang addicted dengan game2 kampung, duk bermain di luar rumah dengan jiran2 sampi tak ingat balik umah..selagi tak azan maghrib..selagi tu main sampailah mok kat umah menjerit..
"ana!!! ateh!!! nabilah!! adilah!!.... balik!!! dok reti ingat umoh ke???"
hahahaha

haii, kalo ingat balik.. memang rasa nak main balik game2 dulu..


Ingat x lagi, kite main lumba2 menda ni... keliling KEDAI BABU...??? hehehe..best2 susoh nok cari leni ni...
bile letih berlari, letih main..mintok duit ngan ma beli air cocacola (dalam botol) sejuk...kat KEDAI AYOH SU...

Main pondok2 bawah pokok depan UMOH MEON, pastu buat lubang besar2 dalam tanah... pakat duduk ramai2 dalam lubang tu..

Pastu main BOLA KATOK ANJING (nama kampung), name komersialnya baseball..hahah orang lain pakai kayu baseball, kita main pakai papan je.. yang lebih2 dekat kedai Babu tu..

Curi-curi masa pegi sungai, main tangkap ketam batu.. silap langkah..kaki masuk tanah selut..kecoh kawan2 tolong tarik wat keluar kaki.. balik umoh kena marah sebab kotor abis baju...heheh


tepi umoh plak ada pokok Nyo, dapat ke kite... main ala2 Tarzan gitu... huhuh






..............................................................

BILA BUAT NAKAL

pagi2 malas ke tadika,buat macam2 alasan...lengah2 kan masa... lastly aboh kurung dalam reban ayam bawah rumah.. yang banyak kali kena kurung..nabilah r.. heheheh



YANG PALING BEST!!

mandi kat telaga depan UMOH MOK NAB...sejuuukkkk!!!



Banyak lagi kenangan dulu2 kita tak dapat snap & rakam dalam camera (dulu xmampu beli camera), tapi ambe yakin adik-beradik simpan kemas dalam 'camera' ingatan. Jangan lupa kita pernah hidup susah... supaya boleh jadi ingatan masa kita senang. Jangan lupa kenangan yang indah2 dulu, supaya boleh jadi ubat bila kite bercakaran. Jangan lupa kenangan sedih2...supaya kita boleh beringat bila suka sangat.. Jangan lupa  bila dapat nikmat, sebab tu semua bukan hok kite..tapi pinjam sekejap dari Tuhan...

Sekarang dah bertambah ahli, dan akan bertambah lagi InsyaAllah... moga Allah kekalkan hubungan dan ikatan darah daging kita ni hingga ke Syurga... ^^





Jun 20, 2012

~kau ilhamku~



bismillah...

post kali ni dedikasiku tujukan buat mereka yg sentiasa menjadi ilhamku...

mungkin jarak perkenalan kita agak singkat. belum sempat nak kenal secara mendalam, kita terpaksa berpisah dek cita2 masing2 yg menggunung.




mengimbau sirah para sahabat yang setia mencintai baginda Rasulullah. mendamba kasih seperti Abu Bakar terhadap baginda. sebak di dada mengingatkan kisah di dalam gua thur saat Abu Bakar melindungi baginda dari dipatuk ular.

betapa hebat kecintaan para sahabat terhadap perjuangan Rasulullah. golongan ansar berkorban harta, jiwa mereka buat muhajirin. sahabat2 di perang uhud, yang berkorban nyawa bagi melindungi agama Allah dan Rasulnya.




"sesungguhnya seorng muslim itu,apabila dia berjalan jalan da'wah,
dia tdk berjalan dngan hatinya sahaja.bahkan dbawa bersama hati saudaranya.
justeru, setiap pahala yang di dapati sepanjang perjalananya
pasti akn terbias buat saudara seperjuangannya"-sheikh mustafa masyur




Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman : "kecintaaKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu. kecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi jeranaKu. kecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu. kecintaanku berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalan persaudaraan keranaKu"...(riyadus salihin)



dan aku berharap agar kecintaan yang tumbuh dalam hati kita kekal ke syurga. moga bertemu di sana




Feb 15, 2012

~stress~

..................................................................
..................................................................
..................................................................

xde pe nak tulis,

kalo stress, carilah Allah

kalo bergantung pada manusia

samada kita makin stress dan kecewa

atau sebaliknya

Allah

Allah

Allah

(T_T) (T_T) (T_T)
...................................................................
...................................................................

~stop stressing, start living~


~ and reciting ~

....lau kana bainana....

Aug 18, 2011

pintu langit terbuka luas..



bila dahi bertemu sejadah...


"YA ALLAH.. KU SERAHKAN HATIKU INI PADAMU YA ALLAH... KAU TENTUKANLAH DAN TAKDIRKANLAH IA PADA SIAPA YANG KAU KEHENDAKI DAN BERKATI...
YA ALLAH, BANTULAH AKU PELIHARA IA..
YA ALLAH.. DIDIKLAH AKU DENGAN CINTAMU YA ALLAH"


sesungguhnya, di bulan mulia ini, pintu langit di buka seluas-luasnya oleh Allah
berdoalah wahai mujahid..
berdoalah wahai mujahidah..
ini hadiah dari Allah
ini peluang dariNya
dekatilah Dia


ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899


JOM BERGANDINGAN KE SYURGA


>>BILA PELUH DAN AIR MATA MENGALIR (3)








Aug 9, 2011

bila peluh dan air mata mengalir (2)

MADRASAH TARBIAH


RAMADHAN datang lagi.

Ini bukan sahaja bulan menahan lapar dan dahaga. tapi juga menahan hati dan perasaan.. kadang2 terpaksa makan hati. bulan inilah diduga dengan assignment yang membukit, taklifat yang menggunung, desakan2 manusia yang mendesak untuk menuntut tanggungjawab kita. kadang2, berjalan pun lemah lo
nglai je..

kalaulah ramadhan ni boleh berkata2.. mungkin begini komennya
"begini ke care korang sambut aku??!!"


JADIKAN RAMADHAN, MEDAN MENTARBIAH KITA

Hari ni, iftor bersama anak2 usrah JAUHARATUDDINI. Kami berkongsi rasa tentang ramadhan kali ni. Ada yang rasa setiap harinya berlalu dengan tarbiah dari Allah sehingga kena pada hatinya. Ada juga yang rasa bulan ni buka peluang padanya tuk solat jemaah di masjid. Ada pula yang rasa, tak letih macam bulan2 biasa...

Dan saya tertarik dengan perkongsian salah seorang adik-beradik kami. Katanya, sebelum menjelang ramadhan ni,, dia sangat down dengan masalah2nya.. sehingga mengaggu proses hafazannya. Dan kadang2 timbul perasaan
nak mencederakan diri. tapi, melangkah je ke medan Ramadhan ni.. seolah2 ada kuasa spirit yang meredakan segala masalahnya sehingga merasakan ketenangan yang luar biasa.


MEMPROGRAMKAN DIRI SENDIRI


Saya sendiri merasakan perkara yang sama dengannya. sebab tu, sebelum menjelang bulan suci ini, saya telah meletakkan tema KHAS tuk diri sendiri sebagai pembakar semangat dan cabaran tuk menjadikan bulan Ramadhan sebagai kuasa perubahan diri. THE MIRACLE...

Kata seorang adik FIZIK, nak belajar ilmu yakin, kita kena yakin dulu. Saya cuba amalkan ayat ni dan gunakannya tuk sebar kepada sesiapa yang perlukan
nya kerana saya sendiri dah merasai keajaiban ilmu ini. Mulakan langkah perubahan kita dengan keyakinan yang jitu pada sang Pencipta. Tanpa sedar, kita akan merasai keajaiban pada diri sendiri hasil sentuhan tarbiah dari Allah. Moga2 Allah permudah segala perancangan yang dibuat dan Ramadhan kali ni membuahkan keajaiban yang tak diduga..dengan syarat segalanya disandarkan pada Allahu Rabbi.


UBAH MENTALITI BULAN KESAKITAN

Mungkin berbeza dengan sahabat lain yang tidak diuji. Kita rasa keseorangan, letih menghadapi kesakitan tanpa pertolongan, fed-up dengan perjuangan yang tiada arah tujuan melainkan masalah yang menimbun. Satu ayat yang sering menemani saya dan menjadi pemujuk hati ni..
berjuang kerana manusia, kita akan futur...berjuanglah keranNya.. maka kita takkan berkira dengan manusia dan tak mengharapkan lagi bantuan manusia. Tanpa sedar Allah sendiri yang menyampaikan kata hati ini pada manusia sekeliling.. dan dari situ baru manusia datang pada kita. Ini bukan bulan kesakitan, tapi bulan perjuangan. Kalau menyingkap sejarah pun, para sahabat dan baginda pun berperang di bulan ini. Kita setakat keluar peluh pun dah termengah2.. apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang berjuang dengan pedang dan darah..

akhir kalam
jangan pernah berputus asa dengan perjuangan
kenalilah Islam, nescaya kita takkan mengalah tuk memperjuangkannya


Salam Ramadhan.. MAAF ZAHIR DAN BATIN


to be continued...

Jul 30, 2011

bila peluh dan air mata mengalir..


bila peluh dan air mata mengalir...

Frasa yang dinaqalkan dari sebuah tajuk buku air mata dan darah mengalir tentang liku2 penderitaan pejuang dan rakyat di palestin. Mereka berperang dengan nyawa, darah menjadi taruhan dan air mata menjadi saksi keganasan.

org kata, "kami memahami penderitaan"
tapi hakikatnya, kita tak merasai apa yang mereka rasa..

Di bumi nan hijau ni.., kita banyak berperang dengan perasaan. Perang pemikiran, peperangan media yang berat sebelah, peperangan lidah, perang emosi dan banyak lagi perang yang mungkin menumpahkan air mata dan keringat peluh pertahanan..

mana lebih berharga.. darah atau peluh?
kita mengeluh kerana letih berjuang, lebih2 lagi bila rasa kita sahaja bersungguh mempertahankan isi perjuangan. Mereka di sana..terus bermandikan darah, meminta simpati dari masyarakat Islam yang sama di negara lain..tapi sayang..panggilan mereka tidak terjawab. Sehingga, mahsyar menuntut saksian..


to be continued...