Nov 16, 2010
tarbiah dari motor
percutian di PULAU SERAI, rasanya mungkin tak seperti percutian di mana2 pulau yang terkenal yang mana kita boleh merakam pemandangan yang indah lagi gorgeous dengan air pantai seakan kristal bila dipancari dengan sinar suria..wah2! Namun, kita dapat merakam kenangan terindah yang bukan sahaja menambah koleksi pengalaman tapi juga mendapat kesan tarbiah dari natural phenomena..
nak dipendekkan hikayat.. saya sebenarnya bukanlah pi bercuti, tapi ziarah2 mahabbah. tu pun adalah hasil plan antara saya dan ayong( che wan) kononnya nak ziarah sekolahlah. Alhamdulillah yang dirancang diperkenankan dengan kehendak Allah, maka berboncenglah saya akan sebuah motor yang dirempit oleh ayong..
kepada imtiazians, yang mungkin dah lame tak jenguk sekolah sama seperti kami.. Alhamdulillah..keadaan sekolah baik seperti dulu. Adalah bangunan baru ganti tempat garaj comes to cafe..(rujuk gambar)
inilah tempat kita membangun dan membesar..walaupun suram je gambarnya, tapi terkandung 1001 cerita antara kita..^_^. Banyak lagi hal sekolah ni, tapi cukup yang tu jelah dahulu. lain kali saya cerita lagi. Pe2 pun, terima kasih kepada Kak Ma(kopaz) yang sudi belanja kami air tepeng( teh ais). Tak lupa juga sekalung tahniah buat adik2 spm10 yang dah khatam dan mendapat anugerah Isnin lepas. Moga2 Imtiaz terus melahirkan Generasi Ulul Albab yang berkualiti..
Perjalanan kami diteruskan menuju ke destinasi seterusnya yakni kedai2 yang jual sesuatu yang boleh diisi ke dalam perut. Selesai urusan di sebuah restoran, kami terus ke warung pula.. waktu tu rasa macam dalam rancangan 'warung kita' plak.
"bee hoon kari satu! pastu mee kari 4 bungkus..dan sambal kerang dua ringgit"
selesai pembayaran..kami terus meredah kota raya menuju ke rumah ayong. sudah tiba masanya perut diisi. Hujan panas menitis hendak tak hendak je..tapi tu bukan penghalang untuk kami teruskan perjuangan..
ketika di selekoh jalan di kampung Alor Tembusu tak silap saya, ape2 jelah namanya asalkan ada Tembusu.. tiba-tiba!!
"acik cuba tengok tayar, ayong rase macam kempis je.."
saya pun terjenguk2 ke bawah. kot2 la apa yang dikata ayong tu betul atau mungkin fantasi semata2.
"ayong..berenti yong.." saya agak tu bukan fantasi.. Sah! tayar dah kempis abih dah.. Kami pun terkial-kial memikirkan cara nak settle hal tayar ni. Alang2 berhenti depan rumah orang.. apalagi..
"assalamualaikum!!" saya terjenguk2 mencari orang, batang tubuhnya ada..tapi tak muncul2 depan pintu...
"wa'alaikumussalam..." ha..adapun! muncullah seorang mak cik yang tersenyum ramah. Kami yang dilanda ujian ni sejuk hati menyambut keramahan mak cik tuu..
"tumpang tanye cik..tempat baiki motor katne ye dekat2 sini"
"ade dekat kubur tu..jauh jgk dari sini.."
selepas bertanya itu ini, kami pun teruskan pencarian bengkel motor.. Fuuhh! boleh tahan jgk jauhnya. Tambah2 plak matahari di atas kepala, motor jadi berat macam anak gajah bila tayar belakang tak dapat menampung pressure segala macam jenis besi motor tu. Ayong sabar je melayan saya yang bagi idea2 mengarut..minta tolong orang tulah, orang nilah
"kalo acik boleh tunggang motor ni mungkin cepat sikit kot, ayong bh jln kaki.." ayong bagi idea yang membuat aku tersengih..
"heheh.. kalo acik tunggang, bukan motor ni je yang masuk bengkel..dengan acik2 sekali kena repair dalam hospital.."
kesudahannya, kami mengheret motor tu sampai ke bengkel, Ops, sebenarnya ayong yang heret.. katanya berat takut acik tak larat.. saya tak percaya, pastu buat2 gagahlah..
sekali pegang, rupa2nya memang berat! I'm surrender ayong.. barulah saya rasa kepentingan wanita pun perlu menguasai bidang pengangkutan dan perhubungan.
Sementara menunggu motor siap direpair, kami berbual2 memikirkan hikmah di sebalik ujian tersebut. bila duduk ngan orang dewasa ni, memang bercambah idea yang tak disangka2. ayong mengaitkan andai kata lelaki tidak ada dalam hidup kita, contoh..isteri kematian suami, adik-beradik perempuan ketiadaan abang dan ayah.. masa tulah kita..wanita ni perlu berdikari dan tidak bergantung kepada lelaki semata-mata.. (Walaupun pointnya hanya bermula dengan mengheret motor sampai ke bengkel..)
katanya..
"kita ni bakal isteri mujahid.." insyaAllah, ameen..
ya! kita mujahidah. jiwa mesti kental, hati mesti tabah bukan layu macam sayur sawi yang kehilangan zatnya.. tapi kukuh dan utuh seperti pohon rimba yang gagah perkasa mencengkam tanah, melindungi dari sebarang runtuhan.
Maka, ditelusuri perjuangan2 sayap kiri mujahid dahulu, yang ramainya di kalangan mereka ada yang mengambil alih tugas kaum lelaki. turut disebut, pernah zaujah kepada sheikh Ahmad Yassin.. berucap memberi kata-kata semangat di atas meja di hadapan khalayak ramai. Andai kitalah, berani tak berucap atas meja di depan sahabat2 di kampus.. OK2 keadaan berbeza ye.. OK2!!
Umar bin Khultum, seorang penyair arab dengan penuh bangga menyebut
" wanita2 berwajah jelita putih cantik berdiri di belakang barisan kami, kami sentiasa takut kalau mereka dihina dan musuh2 mengambil tempat2 mereka. wanita2 ini telah menerima ikrar dari suami mereka untuk menunjukkan kehandalan di medan peperangan. mereka mengiringi kami, mereka mengambil senjata2 dan kuda2 musuh yang ditawan. itulah wanita2 dari keluarga Jashim b Bakr. mereka bukan hanya memiliki kecantikan, tetapi juga mewarisi adat keluarga dan agama, mereka memelihara kuda2 kami dan mereka berkata ' Jika kamu tidak dapat melindungi kami dari musuh, kamu bukanlah suami kami."
Ok, buat serikandi2 akhir zaman..jangan tunggu kita berwajah jelita putih cantik seperti ahli keluarga Jashim b Bakr.. baru boleh berjuang, yang berkulit bermacam warna semua boleh dan perlu berjuang. ambillah ibrah dari syair tersebut...
sejarah tak perla lupa akan kehebatan mereka, tapi kita yang terlupa ambil tahu pasal sejarah.
InsyaAllah. andai diizinkanNya..saya akan berkongsi lagi tentang Heroic Deeds of Muslim Women karangan Syed Sulaiman an Nadawi di lain article. jadi, terima kasih kepada keluarga Che Wan yang sudi menerima saya sebagai tetamu, melayan keranah saya dan menghadiahkan kenangan dan pengalaman yang manis lagi bermakna. Sebuah rumah di tepi sekolah akan saya abadikan dalam bingkai memori dan acik tak serik untuk datang lagi! Buat Kak Ma, tahniah atas keputusan dapat posting ke KL..
akhir kalam, jejaklah sirah dalam siratul haya'
P/S : kalo ada terlebih terkurang dalam penceritaan mahupun bahasa yang digunakan, harap dimaafi dan jangan lupa untuk menegur. ruangan comment dibina bukan saja2, tapi untuk penambahbaikan si penulis ^^
Oct 1, 2010
sakit belakang??
salam..pissts... nak kongsi skit..(copy paste je ni..)
punca sakit belakang!
Di dalam tulang belakang terdapat saraf tunjuang yang menghubungkan antara organ dengan otak. Saraf ini berfungsi menerima isyarat memproses dan menjadi pengantara antara bahagian otak dan sesuatu organ.
Sesuatu organ akan sentiasa menerima isyarat tenaga daripada Kelenjar Pineal (NW1) dalam bentuk isyarat bertekanan tinggi dan menghantar isyarat yang bertekanan rendah ke tulang Coccyx (tulang sulbi). Proses ini akan memastikan sesuatu organ terus berfungsi seperti biasa.
Apabila suatu organ lemah atau berpenyakit, ia akan menghantar isyarat bertekanan rendah yang lebih banyak daripada biasa. Isyarat ini akan dipendam oleh saraf tunjang sebelum diproses untuk dihantar dan dineutralkan oleh tulang sulbi. Pemendaman ini lah (sementara menunggu ia dihantar dan diproses oleh tulang sulbi) akan menyebabkan struktur atom di bahagian tulang belakang menjadi lemah ikatannya. Pemendaman tenaga yang berterusan ini akan menjadikan tulang atau ruas tulang menjadi sangat lembut dan mudah tercedera. Kesan tekanan graviti atau aktiviti lasak akan menjadikan ia mudah tercedera atau menyebabkan kesan tergelincir. Antara penyakit kronik yang didakwa atau diistilahkan berkaitan dengan sakit tulang belakang iala slip disk.
Sebenarnya walaupun hanya ada terlebih sedikit sahaja isyarat bertekanan rendah daripada tahap normal, rasa kesakitan telah mula dirasai. Jika isyarat tersebut terlalu banyak dan berlaku berulang kali, maka ia akan menyebabkan sakit belakang menjadi kronik.
Petua Mengurangkan Simptom Sakit Belakang
- Setiap pesakit mempunyai punca yang berbeza antara satu sama lain dan ia
dapat ditentukan setelah pemeriksaan (mengikut kaedah Applied Kinesiology secara
terpeinci dan tepat)dijalankan. Untuk tidak menghampakan, berikut ialah
ringkasan petua yang ingin diperturunkan di sini untuk mengurangkan simptom
sakit belakang. - Amalkan membengkok lutut ketika mengambil barang, jangan membongkokkan
pinggang. Caranya ialah dengan duduk mencangkung sedikit, angkat barang dan naik
dengan cara meluruskan lutut semula. Cara ini dapat mengelakkan sakit belakang
terutama di bahagian pinggul atau Cervical. - Jaga amalan pemakanan kerana sebahagian sakit tulang belakang adalah
berpunca daripada organ-organ yang terlibat dengan penghadaman. Elakkan makan
makanan yang masam berlebihan, makanan yang mengandungi pewarna atau perisa atau
pengawit. Elakkan mengambil kopi terutama Nescefe dan air bergas /
bikarbonat. - Menghentikan makanan berprotein akan menyumbang kepada 80% kesan pemulihan
terhadap sakit belakang. - cuba try test ikut petua ni..insyaallah usaha dulu..hasilnya kta rase sama2..
Psikologi adalah perkara terpenting yang perlu diawasi kerana ia sangat berkaitan dengan organ penghadaman. Saya akan terangkan secara terpeinci dan penuh saintifik kaitan antara organ dan karekor yang dikatakan sebagai punca penyakit belakang di dalam post yang lain, insya Allah. Sebagai langkah amalan gaya hidup sihat, berikut ialah perkara yang perlu dijaga:-
- Jangan mudah rasa teraniaya jika dizalimi atau diperlakukan dengan sesuatu
yang tidak adil (berkaitan dengan sistem limpatik (NW12). - Jangan mudah rasa tidak puas hati, cemburu, kecewa, hasad, dengki, khianat (yang berkaitan dengan organ pankreas (NW15)~ jgn main2
- Jangan mudah bersedih (yang berkaitan dengan organ paru-paru (NW10)~smile^_^
- Jangan mudah risau (yang berkaitan dengan jantung (NW11)
Sep 4, 2010
hikmah dari si kecil
~"wah..besarnya rumah dia," kagum saya apabila melintasi sebuah rumah di taman kami, hmm memang cantik designnya, landskap plak menyejukkan mata sesiapa je yg melihat.
tiba-tiba!
"eleh...syurga lagi besar!"
adik bongsu(gambar) saya menyergah dengan selamba lagi tidak bersalah, hasilnya semua yg berada dalam kereta ketawa mengekeh. hish..pandai pulak adik aku ni!
~"Ilah..nape Allah ciptakan manusia ni lelaki dan perempuan?''
tersentak saya saat kusyuk mata menatap tv. Adui!! ni soalan PQS ni.. mcmne nak bagi jwpn yang mudah difahami budak 5 tahun ni..
ehem2...
"sebab Allah nak bagi Ainul kenal Farhan(sepupu) dan Farhan kenal Ainul.."
ha!! saya tengok dia terangguk2 kecil mendengar jwpn saya. ish2!! saya rasa tak puas hati dgn jwpn sendiri, xpelah..
~Pergi ke kedai membeli santan, taugeh..cadangnya nak masak mee goreng tengahari ni...bawalah adik bongsu kesayangan bersama..
"ainul nak aiskrim pe ni? pilih jela..."
saya memberi pilihan kepadanya yang terkebil2 merenung peti ais. Dia pun menunjukkan sebatang aiskrim (traffic light).
"ambil yang tu, pastu tengok belakang dia.."
aik?? pelik plak mendengar arahan budak ni, saya pun bertanya..
"kenapa nak tengok belakang plak?" tanya saya sambil mengambil dan membelek2 aiskrim yg dipilihnya tadi. Dengan penuh selamba lagi relax..dia menjawab
"tengokla, kalu ada logo halal..bolehla makan, kalau xde jangan makan"
wah2..adik aku ni, dan semakin bijak lagi pandai ni.. tersenyum saya dan sangat teruja dengan keprihatinan budak 5 tahun ni tentang halal haram makanan, nak dibandingkan dengan saya umur 5 tahun dulu..habis semua makanan saya bedal.. tambah2 pulak kalau yang dapat free (kecuali yg conferm haram la).
~"bismillahirrahmanirrahim..." baju disarung
"bismillahirrahmanirrahim..." seluar pulak disarungnya.
saya hanya memerhati dengan sebuah senyuman melihat budak itu menyarungkan pakaian di badannya sambil menyebut basmallah. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar kakak kami yang sulong. Menilik diri sejenak, saya yang belajar agama hampir 6 dekad ni berbanding adik-beradik yg lain pun masih terkial-kial nak beramal dengan perkara yang ringan begini. Sebuah tamparan buat yang menuntut ilmu, tapi jarang atau mungkin tidak beramal dengan apa yang dipelajari..
~Ramadhan menjelma. Berjauhan di perantauan (walaupun xdela jauh sangat), kerinduan bertandang mendorong saya mendail nombor telefon ma saya. Berkongsi sedikit sebanyak perkembangan semasa... yang menariknya apabila ma mengkhabarkan tentang adik bongsu kami
"Ainul pose.. ma sendiri tak tahu. Ma perasan bila tanye dia nak makan ke tak, dia jawab dia pose. Masa nak amik dia kat sekolah, cikgu dia bgtau ma...Ainul sorang je budak perempuan yang pose.."
kedengaran suara ma begitu teruja dengan perkembangan anak bongsunya. saya apatah lagi.. banyak lagi cerita tentang puasa, tapi yang kelakarnya...
"Ainul pose time hari sekolah je, masa cuti dia pun cuti jgk la.." hahahah, tergelak mendengar cerita dari ma..
Kenapa saya teruja sangat ni?? Adik-adik org lain dah ada yang puasa penuh sejak umur 4 tahun lagi. Setakat adik umur 5 tahun yang berpuasa..apa yang nak diherankan sangat??
YA,,sudah semestinya saya mahu bandingkan dirinya dengan diri saya. Dia berpuasa dengan kehendak atas dasar kefahaman yang dapat dari gurunya di sekolah tanpa dipaksa oleh sesiapa.. berbanding dengan diri saya yang sangat culas waktu seumur dengannya dulu. Seingat saya, menjelang 7 tahun ke atas barulah saya berpuasa, tu pun ada jgk curi2 telan air n makan senyap2..ish2..
~Di satu malam yang hening, dia dengan penuh excited membawa keluar satu coklat jenama*** dari peti ais. Membuka plastik coklat dengan penuh gembira dan mata yang bersinar2. Lama saya tengok perbuatannya, baru teringat sesuatu
"ish..coklat tu mana boleh makan..ada lemak b*** kat dalam tu," saya bersuara lantang. oh..
"xleh makan la ni"
Dia mengulangi statement saya dan terus menghilangkan diri ke dapur rumah. Saya plak duk berbahas dan berbincang tentang status halal coklat tersebut dengan ahli keluarga yang lain. Setelah habis berbahas, hasil perbincangan yang saya putuskan adalah, coklat tersebut syubhah utk dimakan atas beberapa alasan termasuk sumber yang berlainan bertembung pendapat tentang status coklat tersebut. Ada adik-bradik saya yang yakin coklat tersebut halal, dimakan shj benda tu.. tiba-tiba si budak tu muncul dan menyergah dengan gaya yang sama yakni selamba dan relax..
"eii, xleh makan coklat tu.. Ada b*** kat dalam"
saya melihat tangannya ada kesan coklat,
"Ainul buang ke coklat yang ainul amik tadi?" saya bertanya
" Ho la... tadi Ilah kata xleh makan, ada b***.."
hehehe klaka budak ni, asyik duk ulang benda tu ada kat dalam..
Melihat masih ada yang makan coklat itu, dia mempersoalkn tentang statement xleh makan yg saya keluarkan sebentar tadi. Dipendekkan cerita, kami pun jelaskan sikit2 tentang apa yang kami bincangkan tadi.. Dia nampak bingung..yelah, mcmne nak faham pasal benda2 khilaf dalam umur sekecil tu. Akhirnya saya bersuara,
"kalau ainul nak makan, makan jela" saya mengubah statement atas dasar ada sumber yang menyatakan coklat tersebut halal bersama bukti yang masih saya rasa mahu kaji semula. Akhirnya dia sendiri buat keputusan yang amat saya hargai iaitu
"Ainul xnak makanla..."
alhamdulillah, dia mengambil langkah menjauhi perkara yang syubhah. Saya pun bersuara memberi harapan kepadanya
"nanti Ilah beli Coklat lain ke Ainul ye.. Coklat HPA..."
di samping itu saya memuji tidakannya, malu-malu plak dia bila dipuji..
Itulah sedikit sebanyak scene2 menarik dalam perjalanan hidup saya. Kenapa saya hanya duk bercerita tentang adik yang bongsu ni?? sayang yang ni sorang je ke?? Sebenarnya saya ada 5 orang adik, dan semuanya saya sayang tanpa syarat.. Cuma, ini adalah hikmah yang saya ambil dari seorang yang paling muda dalam keluarga kami... Dulu pernah terbaca, antara ubat atau penawar menghilangkan sifat takabbur, riak dan sombong..salah satunya adalah melihat kepada kanak2 yang belum baligh lagi, kerana mereka masih suci daripada dipalit dosa dengan membandingkan diri kita yang mungkin telah banyak mengheret guni2 dosa. Dan saya sentiasa mengimbau kisah silam dengan membandingkan diri dengan manusia2 di sekeliling saya atas dasar menghisab kembali diri yang dhaif ni supaya sentiasa sedar akan status hamba kepada pencipta. Membuat perbandingan diri dengan orang lain ada pro dan contranya, tersilap langkah boleh jadi diri terhumban ke dalam kancah syok sendiri atau istilah sopannya lupa diri sebagai hamba. Jadi, pandanglah sesuatu dengan mata hati dan didiklah diri supaya positive terhadap sesuatu.
yang baik, ambillah..
yang buruk jangan dibuang, tapi ambil sebagai pengajaran dan pembaikan.
wallau'alam
warkah buatmu...
namun, mampukah aku menggapainya
andai hati sering berpaling...
perjalanan ini sungguh sukar
terlalu banyak duri yang melukai
terlalu gelap untuk dilalui
ah...lemahnya diri
mudah goyah pada bisikan naluri
mudah tertipu pada lintasan hati
kutelusuri jalan yang bersimpang-siur
letih, penat, sesat mencari jalan pulang
hampir tersungkur menyembah bumi
namun sinarmu tiba-tiba mencelah di sebalik rimbunan
memberi harapan kutemui denai kehidupan
ketika jejak kasih sayang Allah sudah mulai tampak di halaman kalbu,
awan mahabbah dan kabut cinta Allah sedang berarak di langit hati,
petanda rahmat hidayah akan turun menyirami taman jiwa.
Ya Allah...
hijabkanlah hati ini dari mengejar cinta selainMu
ya...ia memang fitrah
namun mudah tergelincir ke lembah fitnah
Ya Allah...
didiklah hati hamba untuk mencintaiMu
peliharalah hamba dari musuhMu
kuatkanlah hamba pada jalanMu
buat diri yang sering bermimpi
bangunlah dari lena
bukalah mata melihat dunia
alam ini sedang tersenyum melihatmu
menyambut kedatangan serikandi setia
thabat mempertahankan kesucian diri
walau hati sering ditiup angin sukma
wahai serikandi mujahid yang setia
tinggalkanlah hari semalam yang menyakitkanmu
kerana hari ini menantimu dengan kalungan bahagia
di gerbang cita keemasan
yang pernah kau dulang
dan akan terus kau perjuangkan
kerana dirimu adalah baldu hati ummah
yang takkan hakis dipukul mehnah
dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan ummah) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu) padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang (sungguh-sungguh) beriman. al-imran:139
buatmu
yang tidak terlihat dek mata
juga tiada di sisi
tapi sering menyinggah di taman hati
pergilah...
pergilah menjauh ke dasar lautan jihad
cukuplah kalam yang berpesan
kerana hati sudah berhenti berbicara
wahai hati,
teguhlah...sabarlah...
andai rebah, bangkitlah!
andai jatuh, bangunlah!
jangan menyerah
jangan mengalah
iringilah segala pengorbananmu dengan doa
dambakanlah singgahsana bersama para syuhada'
24 ramadhan 1431
p/s ; inspirasi dari hamba yang menyatakan diri hamba sebahagian dari dirinya.
moga dirinya terus thabat di pentas juang..
khas juga hamba nukilkan buat teman2 seperjuangan...
~kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna~
Aug 18, 2010
ramadhan datang lagi!!


Imam al-Ghazali berkata
hari raya aidilfitri sebenarnya hari raya bagi orang miskin
hari raya sebenar umat islam ialah hari di mana iman kita bertambah
adilawie berkata ;
yok kengkawan semua..
pakat2 tampal amalan2 kita
yang dah berlubang-lubang tu
dengan jahitan amalan2 di bulan berkat ni..
adik2 kecik...
jangan duk seronok sgt main mercun
ouh..lupe plak! skrg bukan zaman mercun lagi dah..
skrg zaman BOM FACEBOOK
takde makne dah mercun2 ni...
click je mercun.. pastu
dah boleh main ngan kengkawan dari seluruh negara..
wah!! betul ke??
(xtau la, tak pernah cuba)
buat pemandu2 di jalan raya
hati-hati..
skrg musim lalu-lintas sibuk
bawala bekal kurma atau yg sewaktu dgnnya ketika dalam perjalanan
tak perlula pecut atau rempit bila azan berkumandang
sekurang2 nya dah ada bekalan nak berbuka
berehat sebentar
kalau tak sayangi diri sendiri
ingatlah orang yang tersayang
atau yg menyayangi diri anda..
tapi kena sedor jgk la
ajal maut ditangan Tuhan
andai dah ditakdirkan
siapa kita untuk menghalang...
buat makcik2 di kampung...
kakak2 n abang2
udah le tu duk mengadap tv tu
alih2 cerita sama jgk dengan lima, enam tahun lepas...
yok la kita pakat ngadap lembaran Al-Quran
dalam tu bukan setakat kisah dulu2 je ade, yang akan datang
yang kita tak nampak pun ade diceritakan..
lagipun umur kita dah senja..
bila lagi nak tambah amalan...
makin meningkat umur, makin dekat ngn kematian
usah ditunggu nafas di hujung helaan
baru menyesal tak sudah...
apa yang penting..
setiap yg ditulis ni
tak wajib betul, harus salah
maka,
terserah pada tuan punya badan yg dtg menyinggah...
selamat menunaikan ibadah puasa
tingkatkan amalan. mutu dan kualiti...
wallahu`alam,
assalamualaikum!!
Aug 4, 2010
hamba...
Hamparan kehidupan ini semakin lama semakin pudar warnanya
suara-suara gema islam makin kendur bunyinya
langkah-langkah yang pantas menebarkan nur Ilahi, makin perlahan geraknya
jiwa pejuang kini bagaikan bunga, kembang mekar bila musimnya tapi layu dan kering bila bukan masanya
"kenapa aku sekarang rasa macam lemah semangat je..datang je musibah rasa terus nak menyerah.."
saya diam berfikir, melihat sekilas wajah kusamnya..teman ni dulunya sorang yang aktif di pentas dakwah, tapi kebelakang ini kelihatan lesu, murung dan lemah. keluhan demi keluhan lahir dari mulutnya. melihatnya begitu membuat saya mula menilik diri sendiri..dua rasa bertemu satu
"tak tau la ape nak jadi ngan aku ni..rasa macam terlalu bosan dengan apa yang aku lalui sekarang..bosan, bosan dan bosan!"
wajah teman berkerut meluahkan rasa dan aku masih berdiam diri mencari ayat yang mungkin boleh mengubat jiwanya.
"kita ni manusia..wajarlah kalau rasa macam tu.."
saya bersuara perlahan mengajak dia untuk sama-sama mengawal perasaan. jauh kami termenung petang itu, cuba menghayati suasana.
"manusia ni Allah cipta dengan adanya akal, hati dan nafsu.. kita bukannya malaikat yang constant je tahap imannya, bukan juga para anbiya' yang setiap detik meningkatnya iman mereka.. kita ni manusia.. manusia biasa, yang sangat2 lemah..."
itu jawapan umum, sesiapa pun boleh menjawabnya
"takkan tu je jawapam kau..."
teman kembali bersuara. mengharapkan jawapan yang lebih dari saya. saya menarik nafas dalam2. mungkin persolannya kelihatan simple, namun saya rasa tidak mampu menjawabnya, kerana kami mungkin dalam situasi yang sama.. masing2 mengharapkan jawapan sakti yang boleh mengubat jiwa.. tiba2 satu suara menyapa kami
" dalam diri kita ni acik..ada roh.. Roh akan ditewaskan oleh nafsu andai akal dan hati letaknya di no 2 atau ke bawah"
" acik..cari balik matlamat hidup acik. Gilap semula semangat acik..."
rasa bagai diketuk apabila mendengar suara itu.. saya mula berfikir dan mencari jawapannya
"hati kita ni akan sentiasa berbolak-balik. diri seorang manusia dihiasi pelbagai adunan perasaan. ada masa gembira, sedih, kecewa, naik dan jatuh... kenapa kita rasa semua ni?? sebab kita ni hanya seorang hamba.... hamba kan bersifat lemah, tertindas, takut, terkawal... adakalanya gembira walaupaun tidak lama. mungkin kita bukan hamba kepada sesiapa tapi hakikat hamba kepada sang Pencpta tidak boleh dinafikan..."
saya merenung kembali pada dirinya. mengharapkan sedikit respon darinya, namun dia memilih untuk mendengar dari berbicara. saya memeluk bahu teman, dengan harapan dapat mengalirkan semangat buatnya
" manusia yang hidup tanpa rasa hamba akan binasa lebih hina dari seorang 'hamba' kelak..bergembiralah kerana kita masih diberi peluang merasai jiwa seorang hamba yang sentiasa rasa lemah ni.. Allah tu Maha Adil dengan memberi kita perasaan yang pelbagai ni.. Dia ubati perasaan kita dengan perasaan,"
"ubati perasaan dengan perasaan..maksudnya?"
saya tersenyum melihat reaksinya..sekurang2nya teman masih mendengar bicara saya
"aku yakin kau pernah gembira sebelum ni, ketawa samapai tak ingat dunia.."
teman tersengih menayang giginya sambil mengangguk perlahan kepalanya...
"dan hari ni kau rasa lost, putus semangat..sedih.."
teman mengangguk kepalanya lebih semangat dari tadi. tanpa menunggu respon selanjutnya, saya menyambung bicara..
"kau tahu..saat kita gembira dan ketawa tak ingat dunia tu, ada hamba Allah yang lain sedang berduka menanggung derita, tapi mata kita terhijab untuk melihat siapa hamba tu. namun, Allah membuka hijab hati kita dengan mendatangkan perasaan sayu, sedih, resah dan gelisah seperti kau sekarang ni...sebagai petanda Allah mahu hambanya saling merasai apa yang dialami oleh hamba yang lain walaupun situasi dan masalahnya berbeza. sampaikan kadang2 kita tak tahu punca kita rasa macam tu, macam ni...
jadi, saat kita gembira, ingatlah kembali yang kita pernah berduka.. saat kita bersedih dan kecewa, beringat2lah yang kita pernah gembira. supaya perasaan kita hidup dengan seimbang dan kita takkan mudah mengeluh dan putus asa"
teman jauh termenung. tak tahulah saya apa yang bermain di fikirannya, namun ada riak kelegaan di wajahnya. mungkin itu sahaja yang mampu saya kongsikan, sekadar pandangan akal yang dhoif. selebihnya saya yakin teman itu mampu mencari jawapannya sendiri.
"sesungguhnya orang2 yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)"
teman tiba-tiba bersuara, menyebut mafhum firman Allah dari surah Al-Anfal ayat yang ke 201. dia menunduk, merenung menembusi lantai yang ditenungnya.. dan buat kesekian kalinya, teman bersuara lagi
"mungkin aku belum cukup bertakwa lagi.. ah, bukan.. aku memang bukan hamba yang beetakwa lagi. sebab tu aku tak jumpa jalan keluar dari masalah aku ni..Astaghfirullah! ampun Ya Allah!"
saya tersenyum hambar..mengakui kata2nya yang tekena pada batang hidung sendiri. itulah punca, dan ayatnya Allah la pemberi jawapan pada kami... dan kami sama-sama mula berfikir dan mengislah diri, mencari diri hamba yang hilang dalam diri.. doakan moga Allah menemuai jalan kepada kami..ameennn
cetusan dialog diri pada diri
Jul 26, 2010
kempen sampai mati!
sirnanya cahaya
yang gagah
membangkitkan sinar
menenggelamkan kegelapan
di bumi itu...
jangan halangi dirinya!
walau kau sahabat setia..
takkan dibiar
dirinya dihijab dari kebenaran!
biar terkorban
takkan menyerah!
kebenaran pasti kan terungkai..
walau bukan ditangannya
tetap akan menyusul..
tangan-tangan yang sedia..
memadamkan api kebatilan
berjuanglah, berjihadlah..
bersama menghapuskan segala kemungkaran
usah gentar kaum muslimin
dengan syahid menanti
rahmat Tuhan bersemi
~AYUH BERGANDINGAN KE SYURGA~
Jul 2, 2010
mutiara hati (^_^)
lembut menyapa memori
pada sebuah bingkai kenangan
yang pernah kita ukir bersama
baru kini kusedari
kau ibarat mutiara
sukar untuk dicari
walau ke dasar laut telah kuselami
namun,
sungguh tinggi nilaimu
sehingga sang penyelam yg hebat sekalipun
belum tentu dapat memilki
kilauanmu itu
sekiranya aku ditakdirkan Ilahi
menjadi pemilik mutiara itu..
pasti ku gilapnya
sehingga bertambah sinarnya itu
akan ku simpan di tempat yang selamat
agar ia tidak dicuri
dek tangan2 manusia durjana.....
aku terdampar di daerah baru
walau mutiara itu tidak dapat kugenggam
namun aku yakin...
kilauannya itu tetap berseri
menyinari di hatiku
sehingga ia menjadi penyuluh
setiap derap langkah perjuanganku
menjadi cahaya....
tatkala mata diselubung kelambu malam
inilah fenomena kehidupan
bertemu berpisah adat manusia biasa
walau jauh dari pandangan
namun pasak di sanubari
aku serahkan kau
di bawah jagaan Allah
kerana aku yakin...
kau pasti selamat di bawah lindunganNya
jika kau sedih mahupun gusar
ingatlah padaNya
nescaya kau akan tenang
kerana Dialah sebaik2 Penolong buat mukminin
dan aku di sini..
akan sentiasa berdoa untukmu sahabat...
andai malaikat maut menjemputku
maafkanlah diriku
yang mungkin pernah menghiris kalbumu
aku hanya hamba yg lemah tanpa bantuanNya
hina tanpa petunjukNya
doakanlah...
agar aku ditempatkan bersama2 golongan yang dikasihiNya
ana sayang antunna kerana ALLAH!!
Jun 28, 2010
tua tapi muda??!!
Ayuh pemuda harapan bangsa, pemudi tiang agama.....usahlah kita hanya nostalgik terhadap pencapaian umat islam dalam membina tamadun…bimbang terus terkurung di gerbang imaginasi yang takde kesudahan..tetapi ayuhlah kita reflektif tentang kehebatan tokoh-tokoh pejuang dengan meneliti pra-syarat kemenangan mereka…bagaimana?? Telusurilah sejarah.. kekuatan kemenangan umat terdahulu adalah kerana kekuatan aqidah serta ibadah yang sahih yang mana telah menjadi asas yang terpenting dalam diri mereka di samping ikatan persaudaraan yang tiada tandingnya. Aduh… terhinanya kita dengan diri sendiri, malunya…sungguh jauh jarak perbezaan diri kita dengan mereka.
Hari ni kita terlalu tunduk dengan kehendak nafsu nafsi sehingga melahirkan golongan pembela agama yang meruntuhkan agama sendiri . Menggadaikan islam dengan dunia. natijahnya..kehendak fitrah kita terabai yakni islam sebagai ad-deen atau islam sebagai cara hidup kita
Marilah..kita nak ajak sedare-sedari duduk sebentar…berfikir sekejap…. Ayat ni dah biasa kita dengar.. Surah Al-Baqarah ayat 30 “ dan ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘ aku hendak menjadikan khalifah di bumi………”. ni ayat yang berkaitan dengan tujuan sebenar hidup kita. Benar.. ramai di kalangan kita hidup sengsara bertemankan dosa kerana masih muda dalam mengenal erti hidup. Mungkin kita juga termasuk dalam golongan ini. Sedar atau tidak.. jiwa kita sangat gersang, hati kita rindukan ketenangan, kita rindukan keharmonian dan perpaduan, kita tidak pernah bahagia walau kita gembira, kita sibuk mencari sesuatu yang boleh memperlihatkan kesempurnaan diri kita.. patutlah! rupa-rupanya kita lupa padaNya. Kita lupa yang kita diturunkan membawa misi khalifah yang perlu kita tanggung dan jawab di akhirat sana. Paksikanlah tujuan hidup dengan dua sumber yang takkan luput dek masa mahupun zaman melainkan dengan kehendakNya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, tanpa kedua2nya, manusia akan mudah tergelincir, sesat, dan hanyut dek deras arus dunia. manusia tanpa panduan al-quran dan as-sunnah seperti kiambang yang indah di permukaan air. Tetapi akarnya tidak berjejak di bumi dan bila dilanda arus deras, ia akan mudah hanyut.
Akhir kalam, renungi kata2 dari Imam Al-Ghazali ini, kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. Wallahu`alam, ampun dan maaf dipinta…assalamualaikum!!
Mar 31, 2010
wahai kasih
apalah yang dapat ku persembahkan buatmu
yang mengembara mencari nur
namun mata gelap dihijab nafsu
aku si pengemis
yang mengemis di jalanan
punya kudrat namun tak kugunakan
kufur pada nikmat yang Kau berikan
aku si hina
lebih hina dari lumpur di kaki manusia
namun..impikan syurga idaman
ah...
manakan mungkin bisa kugapai bintang di langit
saat diri di celahan bumi
aku si miskin
yang kontang dari bekalan iman
Kau...
Maha Sempurna
Maha Agung Dan Maha Suci..
Mar 27, 2010
perjalanan...
Dulu??
dulu walaupun tak ramai..sekurang2nye ada tempat nak mengadu, ade tempat nak berkogsi rase, ade org nak bagi semangat, ada kepala yang nak bagi idea….
Sekarang??
Masing2 dah tercampak di tempat yang berbeza..dan aku terdampar di sini.. rase keseorangn.. takde lagi bahu yang sudi menadah air mata, takde lagi telinga yang sudi mendengar luahan hati... susahnye nak cari yang same ngan korang yg dulu… susahnye nak cari org yang sefaham dgn aku… sapelah yang sudi menyakitkan kepala fikir nak setle problem skg ni… hati sentiasa sedih, murung, tak kuat…
Nilah perjalanan..
Perjalanan hidup, yang telah lama diatur oleh Allah..Cuma terserah kpd kita bagaimana nak corakkan kehidupan kita..nak rujuk ape? Nak berpandukan ape? Fikir..fikir dan guna anugerah yang Allah bagi. Dulu kenal abc di tadika, pastu belajar buat ayat masa sekolah rendah dulu, pastu dah pandai buat essay lebih dari 150 patah perkataan mase sekolah menengah then seterusnya..
Samalah dgn pengalaman, selalu kena cubit sebab malas nak wat homework, jadi ‘blacklist student’, pegang title pengawas tapi buat hal…tak pasal2 kena buang, pastu semakin matang.. dah rase ada matlamat hidup skit2..mula serius dengan tanggungjawab, taklifat..amanah, sedar2 dah mula bekerja..aik!! tiba2 dah beranak-pinak…
Begitu juge dgn orang di sekeliling kita, kawan2. dulu berkawan sebab rasa nak berkawan, nak tambah kenalan, org berkawan…kita pun berkawan.. orang bercinta..kita pun nak cuba, bila berpisah tak rasa apa2.. pastu kita kenal erti persahabatan, persahabatan yang luar biasa.. luar biasa sebab ikatan tu terbina tanpa sedar, dan akhirnya terbentuk ikatan hati yg insyaAllah dipenuhi mahabbah fillah…dan takkan putus walau jauh di mata..
Banyak lagi perjalanan hidup, yang mana tak terakam dek kamera digital, bukan juga rakaman suara, jauh sekali media massa… tapi yang pasti..semuanya terakam di pandanganNya, tak terlepas walau seinci..menyorokla kat mana2, tak terlepas…….
Setiap langkah perjalanan…
Setiap langkah, setiap jejak…takkan sunyi dari dugaan, hari ni kita bersama, esok dah terpisah, hari ni kita senyum, tak sampai sejam dah menangis, tapi jangan kecewa… kalau rebah jgn mengalah… kita ada Dia
“Maka bersabarlah kamu seperti orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul- rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka...” (Al-Ahqaf: 35)
“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
(Luqman: 17)
Dia memujuk kita melalui kitabNya yang suci…..
Dia menjanjikan kita dengn sesuatu yang tak mampu terbayang dek mata..walau kita sering derhaka…
Lemahnya kita kerana selalu mengeluh…
Jadi??
Ingatlah..Allah sentiasa bersama kita, segali nafas masih terhembus dari rongga, selagi itu peluang terbuka buat kita.. peluang membangkitkan semangat, peluang mencari kebenaran, peluang mengumpul kekuatan dan yang paling penting..peluang bertaubat dari kesilapan2 semalam… nyawa yang ada tanda peluang dariNya buat kita untuk mengisi bejana kehidupan dengan sesuatu yg disuruh, disukai olehNya dan menjauhi segala apa yang dilarangNya..menebarkan kebenaran, mencegah kebatilan
Hari ni ketawa kita mengingatkan kita yang kita pernah menangis…
Hari ni tangisan kita mengingatkan kita pernah gembira…….
Supaya kita sentiasa beringat……..
Akhir kalam…
SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBELI DARI ORANG2 MUSLIM, DIRI DAN HARTA MEREKA DENGAN MEMBERIKAN SYURGA UNTUK MEREKA…
(AT-TAUBAH, 111)
wallahu`alam…
Mar 25, 2010
dakwah fardiyyah
Oleh : Ustaz Hasri b Harun – Yang Di-Pertua ABIM Selangor
Dakwah Fardiyyah atau dalam bahasa Melayu bermaksud dakwah secara individu adalah satu usaha yang sangat besar dalam pembangunan masyarakat dalam sesebuah komuniti dan negara. Walaupun ianya dilihat sebagai satu perkara yang kecil tetapi sumbangannya dalam kejayaan sebuah dakwah secara jamaah tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh, kita lihat sejarah awal Islam bagaimana baginda SAW melakukan dakwah secara senyap (sirr) kepada kelompok manusia yang dekat dengan beliau seperti isteri, rakan, saudara dan sebagainya adalah antara contoh metodologi yang boleh kita lakukan dalam masa ini.
Disamping itu kita perhatikan bagaimana dakwah secara fardiyyah ini memberi sumbangan yang besar kepada kebangunan umat. Contoh yang dilakukan oleh baginda SAW dan para sahabat apabila terpegun dengan ketokohan dan kewibawaan individu yang berada bersama-sama baginda di awal Islam. Kita lihat bagaimana berhemahnya Saidina Abu Bakar As Siddiq, ketokohan beberapa sahabat lain yang begitu dikagumi oleh lawan dan kawan memberi sumbangan kepada pertambahan orang-orang Islam pada waktu itu. Apakah kita tidak sedar bahawa besar sekali sumbangan dakwah secara fardiyah dalam usaha kita menyebarluaskan lagi islam kepada seluruh umat tidak kira islam atau tidak.
Bentuk dakwah fardiyah
Dr. Fathi Yakan membahagikan dakwah fardiyyah kepada dua bahagian, pertama adalah dakwah fardiyyah yang berlaku atau muncul dikalangan individu yang telah berada dalam sesebuah jamaah (berintima’ dengan harakatul Islam). Usaha ini dilakukan oleh individu yang melakukan dakwah hasil daripada idea dan pendekatan secara lebih intensif dan teratur melalui perancangan sesebuah jamaah. Hasil ini akan membawa kepada jemputan semua golongan kepada jamaah yang dianggotainya atau sekurang-kurangnya memperbaiki diri ke arah kebaikan. (faaslihu) Kedua, dakwah fardiyyah dikalangan individu yang belum berintima’dengan jamaah. Usaha ini banyak dilakukan individu yang mana biasanya menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah bebas. Sejauhmana bebasnya mereka ini pun masih berada dalam tandatanya.
Dalil-dalil dakwah Fardiyyah
Kita dapat perhatikan, bahawa ada dua dalil yang boleh menjadi sumber rujukan kita tentang mengapa dakwah fardiyyah ini penting, Pertama adalah dalil daripada al-Quran, dalam surah al-fussilat ayat 33 berbunyi “ Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada jalan Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata” Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” Begitu juga dalam hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Al-Sahih menyebutkan “ Barangsiapa menunjukkan orang kepada kebaikan ia mendapatkan pahala sebagaimana orang yang mengerjakannya.
Akhlak Dakwah Fardiyyah
Selaras dengan kepentingan dakwah fardiyyah yang juga menyumbang kepada kejayaan dakwah islam, maka kita harus juga melihat kepada ciri-ciri yang boleh membawa kepada kejayaan usha dakwah fardiyah ini. Disini digariskan cirri-ciri yang boleh dijadikan panduan yang sepatutnya ada pada individu-individu yang mahu menjalankan dakwah secara fardiyyah. Antaranya:
Pertama, Uswah dan Qudwah, maknanya menjadi teladan kepada orang lain. Ciri uswah dan qudwah ini sangat penting kerana ianya menjadi contoh yang utama dalam memastikan misi dan visi dakwah berjaya menarik orang kepada usaha tersebut. Kita lihat bagaimana para sahabat yang menjadi contoh dan uswah,turut menjadi tarikan kepada orang lain untuk memasuki Islam. Begitu juga kita sebagai individu muslim, contoh ini bermakna ianya harus tergambar sebagaimana kata-kata dan perbuatan, gandingan antara uswah dan qudwah,
Kedua, Ikhlas seluruh tujuan dan gerak kerja dakwah samada fardiyyah mahupun jamaah haruslah digariskan secara besar dengan misi ikhlas kerana Allah Taala. Misi ikhlas ini tidak boleh dipinggirkan daripada sanubari para pendakwah kerana dengan keikhlasan ini akan membawa kepada kekuatan dan kebenaran dakwah. Tanpa ikhlas akan membawa kepada ketidakjujuran dalam berdakwah. Akan timbul perasaan cepat putus asa dan tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja. Firman Allah dalam surah al-An’am “Sesungguhnya solat ku, ibadatku hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah , tuhan semesta alam”
Ketiga, sabar dan ihtisab, maknanya dalam dakwah individu pastinya akan menghadapi pelbagai dugaan samada kecil atau besar, justeru para pendakwah harus menyediakan diri dengan kesabaran yang tinggi. Ihtisab, maknanya mengharapkan pertolongan Allah, Ini kerana kadangkala usaha dan ikhtiar kita yang dirancang kadangkala tidak mampu kita lakukan dek kerana hubungan dengan allah yang masih cetek. Firman Allah dalam surah al-Ahqaf ayat 35 “Bersabarlah sebagaimana kesabaran para ulul azmi daripada para rasul”
Keempat, pengorbanan, jiwa berkorban harus dibentuk agar usaha dakwah akan dapat disuburkan dalam jiwa para dai. Kekuatan yang ada dalam jiwa para sahabat nabi semasa melakukan dakwah antara lain adalah kekuatan jiwa berkorban semata-mata kerana Allah samada berkorban, harta, jiwa, wang ringgit dan sebagainya. Untuk kita sebagai pendakwah muda, usaha ini tidak akan berjaya kalau kita hanya mementingkan diri sahaja. Percayalah bahawa berkorban ini seumpama menyemai benih yang mana hasilnya akan kita tuai dihadapan Allah Taala kelak.
Kelima, berinteraksi dengan pelbagai orang, janganlah sampai seorang daie yang baik itu menghabiskan masa menumpu kepada sesetengah pihak sahaja. Membuka ruang dakwah kepada pihak-pihak yang lain juga perlu bagi memastikan masa tidak dihabiskan disitu sahaja. Pengharapan yang tinggi juga tidak wajar dibuat kerana peranan kita sebagai dai adalah sebagai penyeru bukan penentu kepada kejayaan hasil daripada usaha kita selama ini.
Keenam, Antisipasif dengan kegagalan dakwah, sebagai daie yang berjiwa besar dia tidak harus berasa kecewa apabila dakwah yang dilakukan tidak mendapat respon yang positif daripada para madu nya. Dalam jiwa dai itu harus ada perasaan bahawa hidayah itu datang daripada Allah Taala bukan daripada tangan-tangan kita.
Ketujuh, menjaga hak-hak ukhuwwah Islamiah sesama madu’ yang kita dihadapi. Sebagai dai mereka haruslah menjaga hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja agar kredebiliti yang ada tidak akan terjejas akibat daripada kesilapan yang dilakukan. Sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara itu perlu agar tindakan tidak akan sia-sia. Yang penting para dai harus peka kepada perubahan agar mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara yang menjejaskan usaha dakwah.
Mar 23, 2010
apalah erti diri ini...

andai tidak dibaluti iman
tercicir dari tarbiyyahMu Tuhan
apalah erti diri ini
andai jejak langkah dibayangi kejahilan
Adakah bererti diriku..
pada umat?
pada Islam?
yakinkah kau akan jalan yang dipilih?
tidak gusarkah kau
andai ia dikaburi tipu daya semata-mata?
agar kau terus dibohongi
permainan sementara
yang hanya menjanjikan habuan dunia yang binasa
sedang kau berasa benar
namun sayang..hanya fatamorgana
yang membaluti kebatilan dengan kebaikan
sehingga akalmu buntu untuk mencari
manakah kilauan yang sebenar
kesedihan dan kekosongan
terus mengisi ruangan hati
merindukan kesucian dan ketenangan
yang entah bila dapat digapai
padaMu tuhan..
kuserahkan segalanya.......
Definisi tepat tahap kecerdikan sebenar individu
BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.
Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.
Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini.
"Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"
Fadzilah Kamsah
Pakar motivasi
“Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.
“Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik,” katanya yang berkelulusan ijazah sarjana muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds University.
Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal. Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan jurutera lain.
“Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan genius.
“Istilah genius tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak kerana belum ada kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah setaraf orang dewasa. Einstein menyelesaikan masalah teori relativiti pada usia 25 tahun, selepas lulus universiti,” katanya.
Ainon mendakwa, disebabkan genius adalah pakar dalam sesuatu bidang, tiada kanak-kanak genius kerana anak kecil itu tidak mempunyai kepakaran ilmu. Oleh itu, baginya, tiada kanak-kanak genius dalam bidang sains, kejuruteraan, kedoktoran ataupun perfileman atau yang bergelar pakar bedah.
Satu lagi istilah ‘prodigy’ yang merujuk keupayaan kanak-kanak melakukan perkara yang hanya dapat dilakukan orang dewasa.
“Kanak-kanak pada usia lapan tahun yang dapat mengikuti pelajaran matematik peringkat universiti atau mencipta muzik seperti pemuzik dewasa, selayaknya digelar ‘prodigy.’ Mereka ini hanya ada dalam dua bidang iaitu matematik dan muzik. Kanak-kanak prodigiy mempunyai kepintaran orang dewasa dalam bidang matematik ataupun muzik saja. Dalam lain-lain hal, mereka adalah kanak-kanak seperti budak lain,” katanya.
Persoalannya, apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.
“Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.
“Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur,” katanya.
Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.
Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalam usaha memulakan keluarga.
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Bagi tujuan itu, ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak sebagai doktor misalnya. Ibu dan bapa perlulah memupuk minat anak menjadi doktor dengan membaca buku berkaitan perubatan sejak hamil.
“Wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga boleh berbuat demikian. Malah sebagai orang Islam kita mempunyai 1,001 cara untuk membentuk anak menjadi pintar dan soleh pada masa sama,” katanya.
Dr Mohd Fadzilah berkata, dia sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.
“Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan,” katanya.
Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah ‘hypnagogic moment’ iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.
“Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.
“Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat,” katanya.
Beliau turut menegur tindakan ibu bapa yang selalu terlanjur mengeluarkan perkataan negatif ketika marah.
“Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan, katakan kepada mereka: “Kamu anak baik. Kamu anak bijak. Mengapa lakukan perkara itu,” katanya.
'Formula Adi Putra berasaskan kiraan Islam'
IMPIAN untuk bertentang mata dengan Adi Putra Abdul Ghani, 11, tidak kesampaian kerana dia berada di kampung neneknya yang baru meninggal dunia. Namun peluang bertemu ayahnya memberi kesempatan mengenali siapa sebenarnya Adi Putra yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan sehingga kini sudah mencipta 228 formula menyelesaikan masalah matematik.
Kisah kepintaran Adi Putra menyelesaikan masalah matematik sudah terlalu banyak diperkatakan tetapi kali ini penulis dihidangkan dengan sisi lain budak cerdik itu.
Menerusi paparan cakera padat, Adi Putra hanya menonjol dalam matematik tetapi pelbagai bidang lain yang melampaui usia sebenarnya.
“Ia satu anugerah Allah yang wajar kita syukuri. Ia juga satu bukti kehebatan Allah yang mampu memilih sesiapa saja untuk diberikan keistimewaan biarpun makhluk itu semuda Adi Putra,” kata Abdul Ghani ketika ditemui baru-baru ini.
Menariknya mengenai Adi Putra ialah semua formula matematiknya berasaskan cara kiraan Islam 100 peratus dan cara penyelesaiannya berdasarkan cakerawala, peredaran bulan, matahari, bumi serta menggunakan semua ciptaan Allah SWT di muka bumi ini seperti bukit dan tidak ketinggalan mengguna pakai perkiraan orang dulu.
Abdul Ghani mendakwa, kaedah pengiraan itu diiktiraf pakar antarabangsa malah di luar negara satu formula Adi Putra dinilai bersamaan RM1 juta dan modul sifir yang dihasilkannya bernilai berbilion ringgit.
“Jangan anggap Adi Putra budak kecil kerana selain pintar dalam matematik, dia juga mampu mengajar, petah berbicara walaupun ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa malah tidak kekok bersama dengan pembesar negara,” katanya.
Katanya, anaknya itu juga diiktiraf memiliki pengetahuan ilmu matematik berusia 400 hingga 500 tahun dulu yang pernah dikuasai ilmuwan Islam. Adi Putra bukan hanya menguasai formula matematik sebaliknya mengkaji setiap nombor.
“Kita dianugerahkan jari dan pelbagai bentuk bantuan semula jadi untuk mengira. Adi Putra juga menggariskan tiga perkara yang merosakkan dan melemahkan minda umat Islam iaitu terciptanya kalkulator, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan permainan video.
“Matematik dan sains tidak dimonopoli sesuatu bangsa sebaliknya terpulang kepada kita untuk menguasainya. Ilmuwan Islam terdahulu sudah membuktikan betapa kita sebenarnya menguasai matematik, bukan orang lain.
“Apa yang penting ialah bukan sekadar anak kita bijak tetapi juga kreatif. Adi Putra mengajar budak lain untuk turut kreatif mencari penyelesaian kepada masalah matematik dengan tempoh paling cepat,” katanya.
Malah, kata Abdul Ghani, salah seorang pelajarnya cuma mendapat satu markah daripada 50 soalan matematik dan selepas mengikuti kelas Adi Putra, dia mampu memperoleh 100 peratus selepas dua hari.
INFO: Tip untuk ibu bapa
* Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
* Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
* Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
* Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
* 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
* 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
* 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
* 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
* 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
* 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
berita harian-










