Mar 28, 2013

kembali kepada fitrah~


الفطرة هي طبيعة الإنسان وأخلاقه التي بها خلق منذ نشأته الأولى ، قبل أن تغيره البيئة وتؤثر فيه ، فكل إنسان مولود على الفطرة لكن البيئة أو المجتمع هو الذي يؤثر على طبيعته الأخلاقية وتدينة فتغيره من حسن إلى أحسن أو من طبيعته الفطرية الحسنة إلى طبيعة سيئة.

ويقول النبي صلّى الله عليه وسلّم ("كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه ….")




Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah. ibu bapanya dan suasana pembesarannya yang menjadikannya sebagai seorang Yahudi, Nasrani, dan Majusi...





Kata ustaz kite dalam satu kuliah ni, asas agama seseorang tu adalah fitrah yakni baik. Kejahatan tu adalah sifat sementara. Ia wujud bagi menyerlahkan kebaikan yang ada di atas muka bumi ni. Dan hanya yang menggunakan iman dan akal sahaja dapat membezakan mane yang baik dan buruk. Bermulanya kelahiran kita di atas muka bumi ni secara fitrah iaitu dalam keadaan yang suci dan bersih ibarat sebuah kain putih.. sehingga datangla kepada kita warna-warna kehidupan yang mencorakkannya. ada yang dicorakkan dengan warna yang gelap..ada juga yang terang dan ada juga yang menyegarkan mata memandang.


Teringat sebuah kisah, seorang pemuda yang waktu usia kecilnya seorang anak yang baik, lembut hatinya dan sering mendampingi ayahnya walau ke mana jua. Seorang adik yang disayangi oleh kakak-kakaknya. Tika di awal remajanya,dia mula kenal dunia..berkawan dan bersosial. Kawan menjadi keutamaannya, dan keluarga cuma teman sementara..rumah pula ibarat tempat tumpangan tidur semata.. rokok mula jadi perhatiaannya. Fitrahnya telah dicorakkan oleh warna-warna kusam dunia. Saat dia hampir tersungkur jatuh ke lembah hina, dia mula sedar betapa kosong dan tidak bermaknanya gaya hidupnya selama ini. Dia melihat Ibunya menitis air mata, ayahnya berhabis tenaga untuk memulihkan semangat dan kembalikan tenaga mudanya… saat itu, mata hatinya disuluh cahaya dan dia mahu kembali kepada fitrah asalnya. Solat mula diutamakan…ceramah-ceramah agama mula menjadi pilihan. Dan wajahnya tampak tenang bercahaya dek hatinya disuluh iman. Syukur kepada Tuhan… kerana hambanya sudah kembali kepada fitrah asal kejadian.


Seseorang yang dilahirkan di sebuah kampong, tapi mula berpindah ke merata tempat demi mencari dan menambah nilai hidup akhirnya akan pulang jua ke kampong halamannya pabila dia rindu. Sama juga kita sebagai seorang yang lahir di atas fitrah yang asalnya suci dan bersih..hakikatnya walaupun berhadapan dengan cabaran dunia ini yang banyak melalaikan dan menjauhkan diri kita dari matlamat asal kejadian kita sebagai hamba dan juge khalifah Allah di bumi ni…jauh di sudut hati kecil kite meronta-meronta meminta kita kembali kepada fitrah dan kebaikan. Cuma, tak ramai yang mengendahkan rontaanya.. beruntunglah bagi mereka yang menyahut rontaan si hati dan mula membuka mata melihat reality dan hakikat kehidupan sebenar di dunia ini yang hanya pinjaman sementara...
  


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan




 

Jul 27, 2012

this Ramadhan



salam Ramadhan Kareem...
insyaallah, dalam proses update blog. untuk entry page ni akan dikemaskini dr masa ke semasa

dgn beberapa post aktiviti yang dilakukan oleh penulis. apepun, wajib update ibadah dibulan

puasa ni. moge ade peningkatan menjadi insan yang lebih baik....




* buku semalam, aku dah tutup...alhamdulillah temui sinar disebalik awan. jelas.. dan hari ni aku buka buku baru.. insyaallah dgn izinNya aku akan berusaha untuk tak ulanginya. *


Jun 20, 2012

~kau ilhamku~



bismillah...

post kali ni dedikasiku tujukan buat mereka yg sentiasa menjadi ilhamku...

mungkin jarak perkenalan kita agak singkat. belum sempat nak kenal secara mendalam, kita terpaksa berpisah dek cita2 masing2 yg menggunung.




mengimbau sirah para sahabat yang setia mencintai baginda Rasulullah. mendamba kasih seperti Abu Bakar terhadap baginda. sebak di dada mengingatkan kisah di dalam gua thur saat Abu Bakar melindungi baginda dari dipatuk ular.

betapa hebat kecintaan para sahabat terhadap perjuangan Rasulullah. golongan ansar berkorban harta, jiwa mereka buat muhajirin. sahabat2 di perang uhud, yang berkorban nyawa bagi melindungi agama Allah dan Rasulnya.




"sesungguhnya seorng muslim itu,apabila dia berjalan jalan da'wah,
dia tdk berjalan dngan hatinya sahaja.bahkan dbawa bersama hati saudaranya.
justeru, setiap pahala yang di dapati sepanjang perjalananya
pasti akn terbias buat saudara seperjuangannya"-sheikh mustafa masyur




Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman : "kecintaaKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu. kecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi jeranaKu. kecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu. kecintaanku berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalan persaudaraan keranaKu"...(riyadus salihin)



dan aku berharap agar kecintaan yang tumbuh dalam hati kita kekal ke syurga. moga bertemu di sana




Feb 15, 2012

~stress~

..................................................................
..................................................................
..................................................................

xde pe nak tulis,

kalo stress, carilah Allah

kalo bergantung pada manusia

samada kita makin stress dan kecewa

atau sebaliknya

Allah

Allah

Allah

(T_T) (T_T) (T_T)
...................................................................
...................................................................

~stop stressing, start living~


~ and reciting ~

....lau kana bainana....

Feb 7, 2012

bicara dengan alam


“Sesungguhnya, disebalik kegelapan dunia hari ni..ada cahaya yang menyelit, memberi sinar baru pada kita. kalu bercakap soal kesyukuran, tak cukup padang utk berlari, tak cukup dalam lautan utk direnangi..tak tergambar betapa luasnya rahmat dan ihsan Allah pada hambanya.. setiap hari akan diajarNya kita dengan pelbagai hikmah melalui apa jua cara, secara tersembunyi mahupun jelas.”



Dalam episod merentasi alam,

Bermacam ragam dan ujian kita akan hadapi,

Ada masa rasa macam nak berhenti je ditengah2 jalan,

Bercakap dengan alam yang bisu ni,

Bahawa jiwa dan fikiran aku sesak dengan makhluk yang berakal dan bisa berbicara ni,

Pergerakan mereka melemaskan, butir bicara mereka mengusutkan fikiran,

Tapi, aku malu pada alam yang bisu ni,

Tanahnya pernah disimbahi darah pejuang,

Air hujan, yang turun dari perlembahan,

membasahi buminya pernah mengalir bersama air mata umat terdahulu,

langitnya sudah banyak merakam kisah-kisah duka mereka,

yang membentengi iman dengan tubuh badan,

maka, aku malu padamu wahai si alam yang luas,

gigitan semut di badan lebih sakit dari ujian dan cabaran perjuangan pada hari ni

tapi aku dah menjerit macam disengat tebuan

sedangkan, kau lebih banyak menyaksikan nasib iman yang tak terbela

dari usaha yang menjela,

namun aku bersyukur..

Dia masih memberi aku peluang untuk berbicara denganmu wahai si alam

Agar aku tak bodoh menilai nasib diri yang tak seberapa

Aug 20, 2011

harapan buat hamalatul quran



Ya Allah..

Aku masih menyimpan harapan yang tinggi

Utk melihat generasi al-quran ini

Bangkit kerahkan tenaga

perjuangkan agamamu

tabah dan gagah menghadapi kemelut dunia

bukan menyerah di tangan takdir untuk menentukannya


Ya Allah

aku masih berbaik sangka..

pemuda-pemudi Al-quran ini

tidak lemah dihentam asakan fitnah

tidak mengalah pada ujian yang menimpa

malah tetap tegak berdiri

kerana bersama-samanya punya matlamat yang tinggi

mengembalikan keizzahan islam di mata dunia



Wahai pemuda-pemudi Al-quran

sesungguhnya perjalanan ini sudah hampr menuju pada khatimahnya

aku khuatir apa yang kita mampu persembahkan pada pemiliknya

sedang ramai manusia tidak tahu ajaran Al-quran

walhal kita yang menghafaznya

sampai bila kehendak diri mahu diutamakan

sedang maslahah umat terus terbiar tidak dipelihara



ya Allah

kau didiklah kami dengan cintaMu

bantulah kami kerna kami lemah tanpa bantuanMu

dan kami sesat tanpa petunjukMu

~khas buat pelajar tahun akhir dq~


Aug 18, 2011

pintu langit terbuka luas..



bila dahi bertemu sejadah...


"YA ALLAH.. KU SERAHKAN HATIKU INI PADAMU YA ALLAH... KAU TENTUKANLAH DAN TAKDIRKANLAH IA PADA SIAPA YANG KAU KEHENDAKI DAN BERKATI...
YA ALLAH, BANTULAH AKU PELIHARA IA..
YA ALLAH.. DIDIKLAH AKU DENGAN CINTAMU YA ALLAH"


sesungguhnya, di bulan mulia ini, pintu langit di buka seluas-luasnya oleh Allah
berdoalah wahai mujahid..
berdoalah wahai mujahidah..
ini hadiah dari Allah
ini peluang dariNya
dekatilah Dia


ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899


JOM BERGANDINGAN KE SYURGA


>>BILA PELUH DAN AIR MATA MENGALIR (3)








Aug 9, 2011

bila peluh dan air mata mengalir (2)

MADRASAH TARBIAH


RAMADHAN datang lagi.

Ini bukan sahaja bulan menahan lapar dan dahaga. tapi juga menahan hati dan perasaan.. kadang2 terpaksa makan hati. bulan inilah diduga dengan assignment yang membukit, taklifat yang menggunung, desakan2 manusia yang mendesak untuk menuntut tanggungjawab kita. kadang2, berjalan pun lemah lo
nglai je..

kalaulah ramadhan ni boleh berkata2.. mungkin begini komennya
"begini ke care korang sambut aku??!!"


JADIKAN RAMADHAN, MEDAN MENTARBIAH KITA

Hari ni, iftor bersama anak2 usrah JAUHARATUDDINI. Kami berkongsi rasa tentang ramadhan kali ni. Ada yang rasa setiap harinya berlalu dengan tarbiah dari Allah sehingga kena pada hatinya. Ada juga yang rasa bulan ni buka peluang padanya tuk solat jemaah di masjid. Ada pula yang rasa, tak letih macam bulan2 biasa...

Dan saya tertarik dengan perkongsian salah seorang adik-beradik kami. Katanya, sebelum menjelang ramadhan ni,, dia sangat down dengan masalah2nya.. sehingga mengaggu proses hafazannya. Dan kadang2 timbul perasaan
nak mencederakan diri. tapi, melangkah je ke medan Ramadhan ni.. seolah2 ada kuasa spirit yang meredakan segala masalahnya sehingga merasakan ketenangan yang luar biasa.


MEMPROGRAMKAN DIRI SENDIRI


Saya sendiri merasakan perkara yang sama dengannya. sebab tu, sebelum menjelang bulan suci ini, saya telah meletakkan tema KHAS tuk diri sendiri sebagai pembakar semangat dan cabaran tuk menjadikan bulan Ramadhan sebagai kuasa perubahan diri. THE MIRACLE...

Kata seorang adik FIZIK, nak belajar ilmu yakin, kita kena yakin dulu. Saya cuba amalkan ayat ni dan gunakannya tuk sebar kepada sesiapa yang perlukan
nya kerana saya sendiri dah merasai keajaiban ilmu ini. Mulakan langkah perubahan kita dengan keyakinan yang jitu pada sang Pencipta. Tanpa sedar, kita akan merasai keajaiban pada diri sendiri hasil sentuhan tarbiah dari Allah. Moga2 Allah permudah segala perancangan yang dibuat dan Ramadhan kali ni membuahkan keajaiban yang tak diduga..dengan syarat segalanya disandarkan pada Allahu Rabbi.


UBAH MENTALITI BULAN KESAKITAN

Mungkin berbeza dengan sahabat lain yang tidak diuji. Kita rasa keseorangan, letih menghadapi kesakitan tanpa pertolongan, fed-up dengan perjuangan yang tiada arah tujuan melainkan masalah yang menimbun. Satu ayat yang sering menemani saya dan menjadi pemujuk hati ni..
berjuang kerana manusia, kita akan futur...berjuanglah keranNya.. maka kita takkan berkira dengan manusia dan tak mengharapkan lagi bantuan manusia. Tanpa sedar Allah sendiri yang menyampaikan kata hati ini pada manusia sekeliling.. dan dari situ baru manusia datang pada kita. Ini bukan bulan kesakitan, tapi bulan perjuangan. Kalau menyingkap sejarah pun, para sahabat dan baginda pun berperang di bulan ini. Kita setakat keluar peluh pun dah termengah2.. apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang berjuang dengan pedang dan darah..

akhir kalam
jangan pernah berputus asa dengan perjuangan
kenalilah Islam, nescaya kita takkan mengalah tuk memperjuangkannya


Salam Ramadhan.. MAAF ZAHIR DAN BATIN


to be continued...

Jul 30, 2011

bila peluh dan air mata mengalir..


bila peluh dan air mata mengalir...

Frasa yang dinaqalkan dari sebuah tajuk buku air mata dan darah mengalir tentang liku2 penderitaan pejuang dan rakyat di palestin. Mereka berperang dengan nyawa, darah menjadi taruhan dan air mata menjadi saksi keganasan.

org kata, "kami memahami penderitaan"
tapi hakikatnya, kita tak merasai apa yang mereka rasa..

Di bumi nan hijau ni.., kita banyak berperang dengan perasaan. Perang pemikiran, peperangan media yang berat sebelah, peperangan lidah, perang emosi dan banyak lagi perang yang mungkin menumpahkan air mata dan keringat peluh pertahanan..

mana lebih berharga.. darah atau peluh?
kita mengeluh kerana letih berjuang, lebih2 lagi bila rasa kita sahaja bersungguh mempertahankan isi perjuangan. Mereka di sana..terus bermandikan darah, meminta simpati dari masyarakat Islam yang sama di negara lain..tapi sayang..panggilan mereka tidak terjawab. Sehingga, mahsyar menuntut saksian..


to be continued...

Jun 12, 2011

Isteri Bukan Pelacur Kelas Atasan! HATI2 PENGGUNAAN BAHASA

bismillah.. makin hari, makin dasyat isu2 yang keluar dari dada2 akhbar, sampai bertambah pening kita dibuatnya.


KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pe
rtama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.


“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh
diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami. “Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.



KOMEN SAYA


1) APA MASALAH SEBENARNYA?

Tidak memahami dan tidak tahu ciri-ciri baitul muslim yg sebenar. Perlu jelas wahai isteri2 dan bakal2 isteri sekalian.. nak mengikat hati si suami ni..tak perlu cari bahan atau orang lain utk tolong ikatkan apatah lagi mengambil contoh dari sumber kemurkaanNya, cukuplah hanya kita yang perlu persiapkan diri dengan mengamalkan garisan dan panduan yang telah islam berikan. ini, beberapa panduan jelas dari agama supaya si isteri atau bakal isteri persiapkan diri untuk menjadi ISTERI PILIHAN AND NOMB
OR ONE!

Pertama: Agama.

Ciri pertama yang penting ialah agama. Allah berfirman dengan membuat perbandingan: “Sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman lebih baik daripada wanita kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.” [al-Baqarah
2:221]


Dalam perbandingan di atas, Allah menerangkan bahawa seorang wanita yang berstatus rendah, amat rendah sehingga ke tahap budak hamba, adalah lebih baik asalkan dia beriman kepada Allah (mukminat). Justeru yang membezakan ciri baik dan buruk bukanlah kecantikan atau daya tarikan, tetapi nilai agama seorang wanita.


Perhatikan juga bahawa Allah tidak menyebut wanita Islam (Muslimat) tetapi menyebut wanita beriman (Mukminat). Ini kerana tahap seorang Mukminat lebih tinggi dari tahap seorang Muslimat. Maka untuk c
iri pertama ini, ciri isteri pilihan bukanlah sekadar muslimat yang biasa-biasa tetapi muslimat yang memiliki ilmu agama, beriman dengan teguh dan menterjemahkan ilmu dan keimanannya kepada amal shalih sehari-harian.

Berkenaan ciri agama ini, Rasulullah juga pernah bersabda:
“Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi.
” [Shahih al-Bukhari, no: 4700]

Kedua: Cantik.

Jangan terperanjat jika Islam mementingkan ciri kecantikan kepada seorang isteri. Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan.” [Shahih Muslim, no: 131] Kecantikan sebegitu penting sehingga Rasulullah menganjurkan seorang lelaki untuk melihat wanita pilihannya sebelum pergi melamar atau meminang. Baginda bersabda:

“Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang dapat mendorongnya
untuk menikahinya, maka lakukanlah ia.
” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2082]


Maksud kecantikan di sini ialah apa yang tulen, bukan kecantikan palsu umpama penggunaan alat solek. Bukan juga kecantikan yang menelan kos yang tinggi seperti pembedahan plastik, dandanan rambut di salon terkenal, penurunan berat badan di pusat-pusat yang diragui keberkesanannya dan pakaian fesyen terkini di butik yang berjenama.


Justeru mana-mana wanita yang ingin diperisterikan, bakal menjadi isteri dan sudah menjadi isteri, hendaklah menjaga kecantikan mereka dengan gizi pemakanan yang sihat, senaman dan keyakinan diri. Yakinlah bahawa semua wanita ciptaan Allah adalah cantik, hanya kecantikan itu akan dikecapi oleh lelaki yang tentu saja berbeza citarasanya antara satu dengan yang lain.

Ketiga: Menyenangkan Suami.

Rasulullah pernah ditanya tentang ciri-ciri isteri yang baik. Baginda
menjawab: “Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3231]


Ciri seorang isteri pilihan ialah dia memberi ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan apabila saja suami melihatnya. Jika suami menyuruh dia melakukan sesuatu, dia akan melakukan
nya sekadar yang mampu dengan syarat suruhan itu selari dengan syari’at Islam. Jika bertentangan, maka isteri tidak perlu taat. Namun berbincanglah dengan suami secara hikmah kerana mungkin suami tidak tahu mengenainya.


Selain itu isteri tidak akan menyelisihi, apatah lagi bertengkar atau memarahi, jika apa yang disukainya dibenci pula oleh suami. Ertinya, isteri berusaha untuk menyelaraskan kesukaannya denga
n citarasa suami. Inilah yang dinamakan sehati, sejiwa.


Di sini mungkin ada yang bertanya, bahawa kenapa isteri mesti bersikap sehingga ke tahap demikian kepada suaminya? Apakah isteri tidak boleh bermuka muram, enggan taat dan memiliki pilihan tersendiri? Terhadap persoalan seperti ini atau yang seumpama, para isteri hendaklah sedar bahawa semua kebaikan yang dilakukan kepada suaminya, ia adalah ibadah
kepada Allah. Dalam erti kata lain, suami merupakan sarana atau jalan untuk isteri beribadah kepada Allah. Perlu diingatkan
bahawa ibadah bukan sahaja solat, puasa dan zikir, tetapi berbuat baik kepada suami sebagaimana dalam hadis di atas.

Keempat: Pandai Mendidik Anak-Anak.


Tanggungjawab suami ialah di luar rumah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Tanggungjawab isteri pula di dalam rumah mendidik anak-anak dan menjaga rumah. Maka atas dasar pemba
hagian tugas seperti ini, Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik wanita Quraisy adalah yang paling lembut dan simpati pada anak pada masa kecilnya dan paling boleh menjaga harta suaminya.” [Shahih al-Bukhari, no: 4692]


Mungkin ada pula yang bertanya, baha
wa isteri juga bekerja di luar rumah. Maka kenapa mereka dipertanggungjawabkan untuk urusan anak-anak dan penjagaan rumah? Jawapannya, pekerjaan di luar rumah tidak diwajibkan oleh Islam ke atas isteri. Jika isteri bekerja di luar
rumah, maka ia adalah tanggungjawab tambahan yang dipilih oleh isteri itu sendiri. Jika isteri beralasan perlu mencari sumber kewangan tambahan untuk seisi keluarga, maka perlu ditanya kembali: “Apakah manusia pernah berkecukupan dalam urusan kewangan?”

>>MAKA, buat calon isteri dan telah pun berstatuskan isteri.. ini panduan yg diberikan kepada calon suami utk memilih pasangannya. jadi, tidak salah sekiranya kita juga mengambil ibrah dengan mempersiapkan diri supaya menjadi ISTERI PILIHAN yang bukan sahaja diredai suaminya malah yang utama ISTERI TERPILIH YANG DIREDAI ALLAH. Hidupkanlah islam dalam diri kita supaya terbinanya islam dalam keluarga kita. tiada lagi isu suami mencari kekasih gelap atau seumpamanya untuk melempiaskan nafsu andai islam telahpun mewarnai ikatan sesebuah keluarga itu.

"Barangsiapa mencari agama selain Agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" [Ali Imran : 85].

2) KHAS BUAT KELAB ISTERI TAAT

Nama sudah gah, bunyi pun macam bagus.. SARANAN saya, ambillah contoh yang baik lagi suci dari kisah2 isteri2 yang TAAT di zaman para nabi dan para salafussoleh ketika dahulu. banyak kisah2 isteri2 solehah yang berjaya menyedarkan si suami yang alpa, kisah isteri yang berjaya ikat hatib suaminya dan macam2 lagi la..

http://kisahteladan.info/kisah-mukminah/mengenang-wanita-solehah.html

Dasari sesuatu isu dengan baik, yang paling baik adalah kembali kepada Islam. Back to the basic. Penggunaan TAAT itu pun telah jelas mengandungi maksud kepadaNYA.

"Barangsiapa mencari agama selain Agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" [Ali Imran : 85].


3) BUKAN HAK MILIK MUTLAK

Suami bukan hak milik mutlak isteri begitu juga sebaliknya kerana yang paling berhak memiliki adalah Yang Maha Pemilik. Maka, Allah akan menarik setiap pinjaman yang diberi milik sementara kepada manusia dalam pelbagai cara dan bentuk. Mungkin melalui kematian, perceraian dan banyak lagi.

CINTAILAH YANG SATU nescaya DIA AKAN MENYATUKAN DUA HATI MENJADI SATU KERANA SUMBERNYA HANYA YANG SATU, YANG ESA..

Baik suami mahupun isteri.. wajib memelihara keluarga dari perkara2 yang dilarang Allah. YANG HARAM TETAP HARAM.

wallahua'lam...sesiapa yg membaca berhak mengkritik dan perbetulkan kerana si penulis manusia biasa yang seringkali bertindak berhujahkan hawa nafsu..na'uzubillah..

hasbunallah wanikmal wakil..



May 17, 2011

langkah baru

al-khatimah..
satu perkongsian...

Dulu saya pilih perjalanan, kerana hidup ini ibarat sebuah perjalanan. Saya akan melihat, mendengar, merasai dan berkongsi...

"kenapa al-khatimah?" sahabat2 bertanya...

"kerana ia satu matlamat.." itu jawapan saya..
...sebuah perjalanan menuju pengakhiran...

yang menjadi puncak matlamat adalah kebaikan, husnul khatimah. Maka, seluruh perjalanan hidup ini perlu berhadafkan kebaikan. Bukan untuk diri sendiri shj, malah untuk ummah sejagat.


Mudah untuk create matlamat, mudah juga mewar2kan.. tapi bila tiba detik pelaksanaan.. bukan main payahnya...

Sekarang, langkah baru sudah bermula.. bebanan sekecil batu sudah bertukar sebesar gunung. Tak perlu tunggu dua tiga tahun, da
lam masa sesaat pun boleh bertukar.. Yang berkelip, buka mata dah nampak dunia lain. Makin hari, makin rasa kepayahan mencapai matlamat nan satu tu.. Yelah, dunia akhir zaman menuntut tanggungjawab, yang menjadi masalah bilamana kita tak dapat melaksana tanggungjawab yg sebenar.. Maka banyak dan ramailah akan menuntut jawapan dan hak2...

Yang dipertaruhkan sekarang bukan emas, wang, cinta atau sebagainya.. tapi SYURGA dan NERAKA!

Dulu, andaikata hiburan menjadi santapan, percintaan remaja jadi igauan, shopping sane sini jadi amalan, gossip jadi bualan, bermalas-malasan dengan masa yang terluang.. Kini, sepatutny
a perlu kuburkan semua yang menjadi penghalang dari keberkatan.


Yang sentiasa bermain dalam fikiran.. adalah hadith ni

عَنْ أَبِيْ هريرة رضي الله عنه؛ قال رسول الله عليه وسلم: " إذا ضُيِّعَتِ اْلأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قال كَيْفَ إضاعَتُهَا ياَ رسولَ الله؟ قال: إذا أُسْنِدَ الأمرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ؛ فَانْتَظِرِ السَّاعَة "

Maksudnya :Daripada Abi Hurairah radiyallahu `anhu, sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila amanah dipersia-siakan, tunggulah berlakunya Qiamat". Abu Hurairah bertanya: "Bagaimanakah amanah yang dipersia-siakan? Jawab baginda: "Apabila sesuatu urusan diserahkan mandat kepada bukan yang berkelayakan, tunggulah berlakunya Qiamat".

Akukah yang dimaksudkan??? Nauzubillah..tapi sememangnya soalan ini yang sentiasa menujah diri. Astaghfirullah, Ya Allah...


Manusia tidak terlepas dari tanggungjawab memimpin.. tak kira siapa pun kamu. Tapi tugasan inilah yang sering diabaikan. Kesannya jelas terukir pada laman dunia ni, kes2 juvana di kalangan remaja hasil pengabaian dari pimpinan institut kekeluargaan, mungkin juga dari goverment yang tidak mengambil islam sebagai panduan. Malah banyak lagi fitnah dunia yang berpunca dari kelalaian memimpin dengan jalan yang benar.

Maka, tugasan memimpin bermula dari kita..

Larilah ke mana pun ceruk
dunia, tanggungjawab ini tetap akan mengejar kita.. kerana ia satu TUNTUTAN dari Nya. Berusahalah untuk melaksanakan dengan sebaiknya... banyak kemanisan yang dapat dirasai andai benar matlamat itu bertunjangkan Yang Esa sebagai yang utama dan pertama. Yang mengiringi kepemimpinan itu banyak... termasuk bekerja secara berjemaah, di situ segala kudis tak menjadi kesakitan lagi, hati dan perasaan bukan yang diutamakan lagi..

banyak yang nak dikongsi, tapi masa tak mencukupi, idea pun terabur je.. rujukan pun tak berapa banyak, sekadar mencurahk
an apa yang ada di dlm kepala...

sekadar tu sajelah, pe2 hal kita sambung lagi..

last but not least.. Firman Allah,

"إن خير من استأجزت القوي الأمين"

bermaksud :

"Sesungguhnya sebaik-baik orang yang boleh diambil bekerja ialah yang mempunyai keupayaan dan bersifat amanah". Kepandaian dan kebijaksanaan atau kekuatan dan keupayaan melaksanakan tugas sahaja belum menjamin sesuatu kerja itu sempurna. Tetapi perlu diiringi dengan sifat amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas







May 11, 2011

kembara di negeri sendiri \(^^)>




bismillah... assalamualaikum!

ini sebuah realiti..

lain yang dirancang..lain plak yg terjadi..
tidak dapat menghadiri sebuah seminar, terus mengubah plan ke tempat lain..
seronok, walaupun hanya sebuah kembara di negeri sendiri... perjalanan selama dua jam lebih dari kemaman ke kuala terengganu, bukanlah sesuatu yg memenatkan sangat, sebab bas sudah menjadi tempat saya melenakan mata selepas katil di rumah..(~~)! tutup mata, (^^)buka mata....tup2 sampai dah..


Destinasi pertama, Universiti Malaysia Tr
g.
pertama kali ke sini, kawasannya boleh tahan besarnya..infrastruktur yang pelbagai dan menarik. Kebetulan waktu saya melawat, ada satu event sedang berlangsung yg saya kira mungkin minggu bahasa kerana ada sebuah pertandingan teater/lakonan dalam pelbagai bahasa oleh pelbagai bangsa.. yang plg menarik adalah lakonan dari kumpulan pelajar cina yg menggunakan bahasa japan.. sebuah kisah thriller yg berunsur jenaka. menggunakan teknik multimedia yg kreatif.. saya bukanlah juri tetap yg layak membri komen, malah langsung tak dialu-alukan. Tapi terpaksa diakui, kumpulan in
i paling menarik perhatian penonton berbanding group2 lain termasuk group yg menggunakan bahasa arab.. sayang 1000x sayang, ini adalah satu medan dan satu peluang utk kita perjuangkan bahasa Al-quran.. inilah yang dikatakan fleksible dlm uslub dakwah, menggunakan medan hiburan seperti lakonan/teater ini utk kita memperkenalkan keindahan bahasa Al-Quran dan menarik yang lain utk mempelajari bahasa Al-Quran, dan tidak mustahil mereka tertarik dengan Agama dan Perjuangan Al-Quran. Walaubagaimanapun, kita menghargai bahawa ini adalah satu usaha ke arah itu. Syabas buat penuntut dan seluruh warga UMT.. teruskan usaha sebegini dan teruskan menarik pemuda-pemudi kita untuk mempelajari pelbagai bahasa.. yang penting, saya sungguh teruja berada di sana. Terima kasih kpd sister Nabilah dan roomate, tlg bawak aku ronda2 kampusmu dan duit belanja rm200.. heheh


Perjalanan diteruskan, dua tiga kali fikir nak naik pe..demi menjimatkan masa. terus contact prebet. Goodbye nabilah! doakan aku! Sepanjang perjalanan dlm kereta, mcm2 yg saya fikirkan. hanya kpd Allah saya bertawakkal.. ameen. Borak punya borak, taaruf punya taaruf dengan pak cik driver.. tup2 dapat tau yang beliau ni pak 2 pupu saya! SUBHANALLAH!! Kecilnya dunia.. rasa lega beransur2 mengalir dalam diri. Alhamdulillah, bertambahlah manusia yg saya kenal dalam dunia ni.

"ok! tima kasih pak cik, nanti saya call balik yer.."

Saya berhenti di kampus UITM terengga
nu di Serada hampir lewat petang, ziarah ukhuwwah sahabat lama. Walaupun beliau agak sibuk menguruskan program ceramah pada malam tersebut, tapi masih sudi melayan saya, ronda2 sekitar kampus. Alhamdulillah, bukan setakat dapat membina ukhuwwah dgn warga uitm di sana, tapi Allah tambah lagi peluang saya menambah thaqafah dengan menyertai ceramah bedah buku " Kepemimpinan Al-Fateh" yg disampaikan oleh penulis buku sendiri, Ustaz Syaari Abdul Rahman. memang biasa mendengar ceramah beliau, tapi kali ni saya melihat Ustaz syaari dalam dimensi yang lain. Bukan sekadar perkongsian ilmu yg saya dapat, tapi cara penyampaian beliau yang mengikut mad'u sangat menarik..berbeza dengan cara beliau di tempat saya, darul Quran.. kali ini, beliau sangat santai, bersahaja di samping memasukkan unsur2 dan isu2 yang menarik perhatian remaja sekarang. Memang gamat dewan malam tu..Apa isi ceramahnya?? hermm.. saya sarankan anda beli buku beliau. best tau! heheh... Yang penting ia berkaitan dengan tenaga pemuda dan perjuangan Islam. beli jangan tak beli!


Hampir lewat malam, ceramah tamat.. Ust S
yaari pun terpaksa bergegas ke tempat lain atas urusan dakwah..dan saya pun terpaksa bergegas keluar utk melarikan diri sebelum tertangkap kerana msk secara haram.. hehe, taklah! gurau jer...
Terima kasih kepada sahabat karib, Mahira Shahida merangkap timbalan pengerusia Kelab Minda Islam, pimpinan kelab, penuntut2 UITM Serada kerana sudi membenarkan saya duduk di dalam kerusi dewan tersebut.. Insyaallah, ada peluang saya teringin untuk mengikuti program bersama anda semua lagi.. kepada pimpinan
Kelab Minda Islam, saya mengagumi anda semua atas usaha yang sangat baik dan saya kira ianya satu keperluan kepada warga penuntut UITM yang lain untuk mengenali lebih mendalam tentang perjuangan pemuda islam terdahulu.. moga2 usaha tersebut membuahkan hasil, biiznillah.. saya yakin anda semua mampu membina roh Islam di kampus anda.


Terpaksa menghubungi pak cik lagi skali, menuju ke destinasi terakhir sebelum bertolak pulang esok hari.. Dek terlalu lama tak bersua, menimbulkan rindu di hati. Singgah ziarah di rumah sahabat karib, menumpang tidur dan melepaskan rindu.. tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama kerana saya sampai agak lewat malam. Tapi, sempat usik-mengusik tika dia masakkan nasi goreng untuk saya. hermmm, masih terasa kelazatan nasi goreng tersebut sampai skrg. masa yg ada, kami kongsikan cerita dan pengalaman, imbau kenangan masa muda (^^).. tgk cite kut komputer (^^)>. Pagi esoknya, dibawa saya ke Losong mencari keropok.. beli dua tiga bungkus wat balik umah.. (seronoklah org umah dapat keropok!)

destinasi last but not least, stesen bas lah.. siap2 beli tiket dan salam semut.. then goodbye Kuala Terengganu!!

terima kasih kepada farah wahida, my best fren.. dan keluarga beliau kerana sudi menerima kedatangan saya ke rumah... Insyaallah ada jodoh, jumpa lagi.. \(^^)> moga2 Allah sentiasa merahmati anda sekeluarga..ameen..

buat geng2 ronda blog, sekadar ini tantapan ka
li ini. moga ada manfaat bersama..
saranan saya, bermusafirlah... nesacaya dapat

melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur...

lastly..
hayati firman Allah,

"mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan bergembiralah orang-orang yang beriman." (at-taubah: 112)


mac 2011


Apr 14, 2011

saat di persimpangan


saat di persimpangan..



tak ramai yang melalui laluan itu
kerana....
ranjau, duri yang menjadi teman sepanjang perjalanan


tak ramai sampai ke penghujung jalan itu
kerana...
putus harapan mencari simpang yang sebenar


tak ramai kekal di jalan itu
kerana...
tak tahan desakan dunia yang menggoda
tak sanggup hati terus terluka
tak tegar terusan dihina
kerana...
tak faham kakinya berdiri di atas jalan mana...


akal terus menidak

hati tidak mahu menolak
kemahuan diri yang mahu diutamakan
argh!!! mengapa jadi begini
yang manakah simpang yang sebenar?


dan..
perjalanan itu tak kan pernah temui penghujungnya
andai hati dan akal diikat dengan dunia


tapi..
perjalanan itu pasti kan ditemui pengakhirannya
andai hati dan akal diikat denganNYA
saat itu, kau kan tersenyum walau dilempar pandangan sinis
dan terus tegak berdiri walau berdiri di atas duri..


YA ALLAH..PANDULAH HATI KAMI..


DARI HAMBAMU,
PENGHUNI DUNIA AKHIR ZAMAN..
-adilawie-


Mar 19, 2011

~kebesaranMu~



Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati

ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau
cinta pertama dalam hidup

chorus
Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan

repeat chorus [3x]

kebesaran-Mu Tuhan