Jun 12, 2011

Isteri Bukan Pelacur Kelas Atasan! HATI2 PENGGUNAAN BAHASA

bismillah.. makin hari, makin dasyat isu2 yang keluar dari dada2 akhbar, sampai bertambah pening kita dibuatnya.


KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pe
rtama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.


“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh
diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami. “Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.



KOMEN SAYA


1) APA MASALAH SEBENARNYA?

Tidak memahami dan tidak tahu ciri-ciri baitul muslim yg sebenar. Perlu jelas wahai isteri2 dan bakal2 isteri sekalian.. nak mengikat hati si suami ni..tak perlu cari bahan atau orang lain utk tolong ikatkan apatah lagi mengambil contoh dari sumber kemurkaanNya, cukuplah hanya kita yang perlu persiapkan diri dengan mengamalkan garisan dan panduan yang telah islam berikan. ini, beberapa panduan jelas dari agama supaya si isteri atau bakal isteri persiapkan diri untuk menjadi ISTERI PILIHAN AND NOMB
OR ONE!

Pertama: Agama.

Ciri pertama yang penting ialah agama. Allah berfirman dengan membuat perbandingan: “Sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman lebih baik daripada wanita kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.” [al-Baqarah
2:221]


Dalam perbandingan di atas, Allah menerangkan bahawa seorang wanita yang berstatus rendah, amat rendah sehingga ke tahap budak hamba, adalah lebih baik asalkan dia beriman kepada Allah (mukminat). Justeru yang membezakan ciri baik dan buruk bukanlah kecantikan atau daya tarikan, tetapi nilai agama seorang wanita.


Perhatikan juga bahawa Allah tidak menyebut wanita Islam (Muslimat) tetapi menyebut wanita beriman (Mukminat). Ini kerana tahap seorang Mukminat lebih tinggi dari tahap seorang Muslimat. Maka untuk c
iri pertama ini, ciri isteri pilihan bukanlah sekadar muslimat yang biasa-biasa tetapi muslimat yang memiliki ilmu agama, beriman dengan teguh dan menterjemahkan ilmu dan keimanannya kepada amal shalih sehari-harian.

Berkenaan ciri agama ini, Rasulullah juga pernah bersabda:
Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi.
” [Shahih al-Bukhari, no: 4700]

Kedua: Cantik.

Jangan terperanjat jika Islam mementingkan ciri kecantikan kepada seorang isteri. Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan.” [Shahih Muslim, no: 131] Kecantikan sebegitu penting sehingga Rasulullah menganjurkan seorang lelaki untuk melihat wanita pilihannya sebelum pergi melamar atau meminang. Baginda bersabda:

Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang dapat mendorongnya
untuk menikahinya, maka lakukanlah ia.
” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2082]


Maksud kecantikan di sini ialah apa yang tulen, bukan kecantikan palsu umpama penggunaan alat solek. Bukan juga kecantikan yang menelan kos yang tinggi seperti pembedahan plastik, dandanan rambut di salon terkenal, penurunan berat badan di pusat-pusat yang diragui keberkesanannya dan pakaian fesyen terkini di butik yang berjenama.


Justeru mana-mana wanita yang ingin diperisterikan, bakal menjadi isteri dan sudah menjadi isteri, hendaklah menjaga kecantikan mereka dengan gizi pemakanan yang sihat, senaman dan keyakinan diri. Yakinlah bahawa semua wanita ciptaan Allah adalah cantik, hanya kecantikan itu akan dikecapi oleh lelaki yang tentu saja berbeza citarasanya antara satu dengan yang lain.

Ketiga: Menyenangkan Suami.

Rasulullah pernah ditanya tentang ciri-ciri isteri yang baik. Baginda
menjawab: “Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3231]


Ciri seorang isteri pilihan ialah dia memberi ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan apabila saja suami melihatnya. Jika suami menyuruh dia melakukan sesuatu, dia akan melakukan
nya sekadar yang mampu dengan syarat suruhan itu selari dengan syari’at Islam. Jika bertentangan, maka isteri tidak perlu taat. Namun berbincanglah dengan suami secara hikmah kerana mungkin suami tidak tahu mengenainya.


Selain itu isteri tidak akan menyelisihi, apatah lagi bertengkar atau memarahi, jika apa yang disukainya dibenci pula oleh suami. Ertinya, isteri berusaha untuk menyelaraskan kesukaannya denga
n citarasa suami. Inilah yang dinamakan sehati, sejiwa.


Di sini mungkin ada yang bertanya, bahawa kenapa isteri mesti bersikap sehingga ke tahap demikian kepada suaminya? Apakah isteri tidak boleh bermuka muram, enggan taat dan memiliki pilihan tersendiri? Terhadap persoalan seperti ini atau yang seumpama, para isteri hendaklah sedar bahawa semua kebaikan yang dilakukan kepada suaminya, ia adalah ibadah
kepada Allah. Dalam erti kata lain, suami merupakan sarana atau jalan untuk isteri beribadah kepada Allah. Perlu diingatkan
bahawa ibadah bukan sahaja solat, puasa dan zikir, tetapi berbuat baik kepada suami sebagaimana dalam hadis di atas.

Keempat: Pandai Mendidik Anak-Anak.


Tanggungjawab suami ialah di luar rumah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Tanggungjawab isteri pula di dalam rumah mendidik anak-anak dan menjaga rumah. Maka atas dasar pemba
hagian tugas seperti ini, Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik wanita Quraisy adalah yang paling lembut dan simpati pada anak pada masa kecilnya dan paling boleh menjaga harta suaminya.” [Shahih al-Bukhari, no: 4692]


Mungkin ada pula yang bertanya, baha
wa isteri juga bekerja di luar rumah. Maka kenapa mereka dipertanggungjawabkan untuk urusan anak-anak dan penjagaan rumah? Jawapannya, pekerjaan di luar rumah tidak diwajibkan oleh Islam ke atas isteri. Jika isteri bekerja di luar
rumah, maka ia adalah tanggungjawab tambahan yang dipilih oleh isteri itu sendiri. Jika isteri beralasan perlu mencari sumber kewangan tambahan untuk seisi keluarga, maka perlu ditanya kembali: “Apakah manusia pernah berkecukupan dalam urusan kewangan?”

>>MAKA, buat calon isteri dan telah pun berstatuskan isteri.. ini panduan yg diberikan kepada calon suami utk memilih pasangannya. jadi, tidak salah sekiranya kita juga mengambil ibrah dengan mempersiapkan diri supaya menjadi ISTERI PILIHAN yang bukan sahaja diredai suaminya malah yang utama ISTERI TERPILIH YANG DIREDAI ALLAH. Hidupkanlah islam dalam diri kita supaya terbinanya islam dalam keluarga kita. tiada lagi isu suami mencari kekasih gelap atau seumpamanya untuk melempiaskan nafsu andai islam telahpun mewarnai ikatan sesebuah keluarga itu.

"Barangsiapa mencari agama selain Agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" [Ali Imran : 85].

2) KHAS BUAT KELAB ISTERI TAAT

Nama sudah gah, bunyi pun macam bagus.. SARANAN saya, ambillah contoh yang baik lagi suci dari kisah2 isteri2 yang TAAT di zaman para nabi dan para salafussoleh ketika dahulu. banyak kisah2 isteri2 solehah yang berjaya menyedarkan si suami yang alpa, kisah isteri yang berjaya ikat hatib suaminya dan macam2 lagi la..

http://kisahteladan.info/kisah-mukminah/mengenang-wanita-solehah.html

Dasari sesuatu isu dengan baik, yang paling baik adalah kembali kepada Islam. Back to the basic. Penggunaan TAAT itu pun telah jelas mengandungi maksud kepadaNYA.

"Barangsiapa mencari agama selain Agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" [Ali Imran : 85].


3) BUKAN HAK MILIK MUTLAK

Suami bukan hak milik mutlak isteri begitu juga sebaliknya kerana yang paling berhak memiliki adalah Yang Maha Pemilik. Maka, Allah akan menarik setiap pinjaman yang diberi milik sementara kepada manusia dalam pelbagai cara dan bentuk. Mungkin melalui kematian, perceraian dan banyak lagi.

CINTAILAH YANG SATU nescaya DIA AKAN MENYATUKAN DUA HATI MENJADI SATU KERANA SUMBERNYA HANYA YANG SATU, YANG ESA..

Baik suami mahupun isteri.. wajib memelihara keluarga dari perkara2 yang dilarang Allah. YANG HARAM TETAP HARAM.

wallahua'lam...sesiapa yg membaca berhak mengkritik dan perbetulkan kerana si penulis manusia biasa yang seringkali bertindak berhujahkan hawa nafsu..na'uzubillah..

hasbunallah wanikmal wakil..