Nov 20, 2010

MAI BLAJA RECYCLE!!


SALAM SEMUA!

insyaallah, saya nak kongsi ckit cara2 nak menjimatkan cost dan mengguna semula barangan yang terbiar atau tak digunakan lagi. Moga2 kita dapat mencapai wawasan 2020 yakni AVOID ANY POLUTION! Wallahua`alam betul ke x...

ok! lets do it...

1) FIRST, sediakan sebarang kain yang tak digunakan lagi..
Di sini, sukacita saya mengambil lebihan jubah semester(IRSYAD) kami...



*lipat dua kain tuu dan gunting bentuk segi 4 sama sisi.


2) SECOND, jahit tepi kain tuu dengan menggunakan jarum dan benang. Sesiapa yang ada mesin jahit kat rumah, bolehlah guna mesin jahit. Tapi saya guna tangan jela...




*maka, jahitlah dengan penuh kesopanan dan hati yang ikhlas dicampuri dengan kasih sayang yang melimpah ruah...Moga2 benang tak tersimpul dek hati yang bersih. Jangan lupa mulakan dengan bismillah

*jahitlah dengan jahitan pape pun, tak kisah ye..sebab saya sendiri tak tau jenis jahitan ape yang saya gunakan. MAKA! JADILAH BEGINI..



3) THIRD! carilah sebarang tali kecuali tali rafia dan tali 'main tarik tali'.. APA YANG PENTING.. tali itu sesuai untuk digandingkan dengan beg kecil di atas...
MAKA, saya telah memilih tali seluar trak yang dah lama and unuse anymore



*masukkan tali ini ke dalam ruang yang telah dijahit khas. Rujuk gambar





Alhamdulillah, maka siaplah sudah beg kecilku. Bolehlah sedare-sedari cuba buat sendiri.. kalu tak faham bolehlah tanya orang2 yang di sekeliling yang tahu.
Fungsi beg ni banyak, antaranya

i) letak handphone
ii)letak mp3,mp4 etc
iii)fikirlah sendiri apa lagi yang kamu nak ltk, asalkan sizenya kecil.


4)FINALLY, bolehlah gunakannya di mana kamu berada, bila kamu nak..everythg is up 2 you!




Sedikit tips, kamu bleh tambah apa2 hiasan sbg contoh..bedge, keronsang, boleh juga buat sulaman ataupun jahitan butang dan labuci.

PERINGATAN, ini semua barangan terbuang, kamu blh dapatkan barang2 yang lebih cantik di pasaran.. Tapi, ini adalah cara utk megguna pakai semula benda2 yang kamu rasa ada peluang utk dimodify.

Sekian sahaja perkongsian dari saya, moga2 blh dapat manfaatlah walaupun sedikit.
well, Terima kasih banyak kepada pembantu saya.. Najmulhuda dan Ainul Marjiyyah(model) kerana sudi bersusah payah utk tolong saya... semoga Allah membalas jasa baik korang.. Ameen

wasalam...



Nov 17, 2010

berkorban atau dikorban?!



Pagi yang hening.. suhu pula suam2 suku je rasanya..
bau nasi minyak mak masak menusuk ke dalam hidung ditambah pula suara takbir yang berkumandang.. sungguh! lain benar rasanya Raya Korban kali ini berbanding yang lepas

apa yang lain sangat tu cik dilah??

yee..memang lain! sebab biasanya mak masak nasi impit dengan kuah kacang, tiba2 je ubah menu tahun ni..

cut!!! INI ADALAH IKLAN SEMATA2

BISMILLAH..

Salam Aidiladha buat semua teman seperjuangan...
Semalam bukalah TV3, pukul 8 malam...maka tersiarlah berita2 yang sakit telinga mendengar, berpinar mata melihat, resah hati memikirkan...

Petaling Jaya- Budak umur 17 tahun mati ditembak seorang atuk ketika didapati nak menyamun rumahnya..

Pekan- Seorang ibu bertakbir dikapak anak..Sungguh menyayat hati apabila seorang ibu ditetak anak sendiri akibat terpengaruh dengan ilmu mistik. Astagfirullahal a'zim...

Johor Bharu- Seorang ayah mati ditikam di bahagian belakang kepala dan dada oleh menantu lelaki sendiri! akibat peristiwa adalah kerana berlaku salah faham di antara mereka. Yang menambahkan lagi kesakitan dan kesedihan..si anak perempuan masih sempat mengantar sms sewaktu bedah siasat arwah dengan menyatakan bahawa suaminya tak bersalah...sebaliknya arwah yang menikam diri sendiri! Ya Allah...

Ketiga2 kes ni memang mempunyai kesamaan yakni, pertama..suspek dan mangsa adalah warga melayu. dan kedua, semua kejadian berlaku sehari sebelum Aidiladha. ye.. ini juga dinamakan korban, tapi korban yang tidak kita ingini. Inilah penyakit umat kita sekarang..

Dan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu".
Sahabat bertanya: "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"
Nabi menjawab: "Penyakit-penyakit itu ialah;
(1)
terlalu banyak seronok,
(2)
terlalu mewah,
(3)
menghimpun harta sebanyak mungkin,
(4)
tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,
(5)
saling memarahi,
(6)
hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
(Hadis riwayat Hakim)


Berbicara soal korban ni, teringat pula lagu P.Ramlee, berkorban apa saja.. lupa pula filem apa. pe2 pun, mai kita hayati sekejap liriknya.. bolehlah ikut saya menyanyi bersama2..


berkorban apa saja
harta atau pun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia

kepentingan sendiri
tidak diingini
bahagia kekasih
saja yang diharapi

berkorban apa saja
harta atau pun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia
hm...hm...hm...

untuk menjadi bukti
kasih yang sejati
itulah tandanya
jika mahu diuji

berkorban apa saja
harta atau pun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia


Wahai teman pembaca yang budiman, bukan suka2 saya nak ajak korang berkaroke dan bukan saja2 saya nak bawak cerita pasal kes2 bunuh yang berlaku. Kejadian korban yang tak diingini perlu kita jauhi dan ubati penyakit tersebut. Ubati pemikiran, hati dan akal masyarakat yang sudah sesak diamuk virus2 yang membinasakan. kekontangan iman akibat kekeringan didikan rohani membuatkan umat hilang harga diri.

Soal pengorbanan kadang2 memang payah dihayati dan direalisasi. Melihat diri sendiri yang ada kalanya mengeluh apabila dicuri masa rehat. Mengaku kononnya mujahidah dan pejuang agama, tapi masih gagal mengorbankan tenaga dan harta. Kalau begini sikap pejuang, bagaimana mahu mengubati penyakit umat. Hanya berslogan tanpa tindakan ibarat makan gaji buta sahaja dengan Tuhan. Allah memberi masa lapang, namun diisi dengan gelak tawa dan perkara yang tak bermanfaat, Allah kurniakan harta dan rezeki tapi lokek untuk disedekahkan, Allah kurniakan kesihatan tapi jarang digunakan untuk menambah amalan, Allah berikan kepakaran dan kekuatan tapi masih bakhil menyumbang bakti.. Dan sedar atau tidak, kita payah untuk mengorbankan perasaan kita terutama apabila bertembung di antara kehendak diri dengan kehendak gerak kerja islam. Terlalu banyak yang Allah berikan, tapi jarang dan mungkin tidak pernah kita gunakan untuk menyumbang kepada Islam..

Teman pembaca yang budiman, saya tidak suka tuju-menuju, ini hakikat yang lahir dari diri sendiri. Maka, saya memerlukan teman sekalian untuk menampung kekurangan diri. Ayuhlah sama2 kita hayati dan cuba praktikkan dalam kehidupan akan firman Allah:

"Sesungguhnya allah telah membeli dari orang2 yg beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang di jalan Allah maka di antara mereka ada yang membunuh dan ada yang terbunuh. (Balasan syurga yg demikian adalah sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dlm kitab2 Tarurat dan Injil dan Al-Quran ; dan siapakh lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dgn jualan yg kamu jalankan jual-belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual beli yg seperti itu ialah kemenangan yang besar"

Hakikatnya, si penulis tetap manusia normal seperti yang lain. menulis memang senang, cuma menggunakan jari. Tapi tnggungjawab penulis sgt besar dalam menghayati dan beramal dengan apa yang ditulis. Segala terkurang dan terlebih harap dimaafi. Tegurlah, kerana setiap teguran anda amat saya hargai dan sanjungi... Wallahua'lam..

sedikit sajak penutup tirai..

wahai pemudi
usah dikorbankan maruahmu
hanya kerna menagih kasih pemuda
jangan diserah mahkotamu
hanya kerna mahu memiliki istana pemuda

wahai pemuda
jangan kau korbankan jiwamu
hanya kerana kecantikan pemudi
jangan kau korbankan nyawamu
demi perjuangkan egois diri

wahai pemuda pemudi
kau harapan agama dan bangsa
rosakmu, maka rosaklah bangsa
jatuhmu maka jatuhlah masa depan negara
benar agama tak perlukanmu
tapi, andai kamu memalingkan dari agama
maka kamu akan terus terhina dan dihina
oleh alam dan seisinya




P/S: Sesape yg nak tau lbh lanjut pasal kes2 bunuh tuu leh rujuk here mymetro

Nov 16, 2010

tarbiah dari motor

ia sebuah perjalanan yang biasa dan mungkin sering berlaku pada mana2 manusia lain..

percutian di PULAU SERAI, rasanya mungkin tak seperti percutian di mana2 pulau yang terkenal yang mana kita boleh merakam pemandangan yang indah lagi gorgeous dengan air pantai seakan kristal bila dipancari dengan sinar suria..wah2! Namun, kita dapat merakam kenangan terindah yang bukan sahaja menambah koleksi pengalaman tapi juga mendapat kesan tarbiah dari natural phenomena..

nak dipendekkan hikayat.. saya sebenarnya bukanlah pi bercuti, tapi ziarah2 mahabbah. tu pun adalah hasil plan antara saya dan ayong( che wan) kononnya nak ziarah sekolahlah. Alhamdulillah yang dirancang diperkenankan dengan kehendak Allah, maka berboncenglah saya akan sebuah motor yang dirempit oleh ayong..

kepada imtiazians, yang mungkin dah lame tak jenguk sekolah sama seperti kami.. Alhamdulillah..keadaan sekolah baik seperti dulu. Adalah bangunan baru ganti tempat garaj comes to cafe..(rujuk gambar)

-gambar dulu-

inilah tempat kita membangun dan membesar..walaupun suram je gambarnya, tapi terkandung 1001 cerita antara kita..^_^. Banyak lagi hal sekolah ni, tapi cukup yang tu jelah dahulu. lain kali saya cerita lagi. Pe2 pun, terima kasih kepada Kak Ma(kopaz) yang sudi belanja kami air tepeng( teh ais). Tak lupa juga sekalung tahniah buat adik2 spm10 yang dah khatam dan mendapat anugerah Isnin lepas. Moga2 Imtiaz terus melahirkan Generasi Ulul Albab yang berkualiti..

Perjalanan kami diteruskan menuju ke destinasi seterusnya yakni kedai2 yang jual sesuatu yang boleh diisi ke dalam perut. Selesai urusan di sebuah restoran, kami terus ke warung pula.. waktu tu rasa macam dalam rancangan 'warung kita' plak.

"bee hoon kari satu! pastu mee kari 4 bungkus..dan sambal kerang dua ringgit"

selesai pembayaran..kami terus meredah kota raya menuju ke rumah ayong. sudah tiba masanya perut diisi. Hujan panas menitis hendak tak hendak je..tapi tu bukan penghalang untuk kami teruskan perjuangan..
ketika di selekoh jalan di kampung Alor Tembusu tak silap saya, ape2 jelah namanya asalkan ada Tembusu.. tiba-tiba!!

"acik cuba tengok tayar, ayong rase macam kempis je.."
saya pun terjenguk2 ke bawah. kot2 la apa yang dikata ayong tu betul atau mungkin fantasi semata2.

"ayong..berenti yong.." saya agak tu bukan fantasi.. Sah! tayar dah kempis abih dah.. Kami pun terkial-kial memikirkan cara nak settle hal tayar ni. Alang2 berhenti depan rumah orang.. apalagi..

"assalamualaikum!!" saya terjenguk2 mencari orang, batang tubuhnya ada..tapi tak muncul2 depan pintu...

"wa'alaikumussalam..." ha..adapun! muncullah seorang mak cik yang tersenyum ramah. Kami yang dilanda ujian ni sejuk hati menyambut keramahan mak cik tuu..

"tumpang tanye cik..tempat baiki motor katne ye dekat2 sini"

"ade dekat kubur tu..jauh jgk dari sini.."

selepas bertanya itu ini, kami pun teruskan pencarian bengkel motor.. Fuuhh! boleh tahan jgk jauhnya. Tambah2 plak matahari di atas kepala, motor jadi berat macam anak gajah bila tayar belakang tak dapat menampung pressure segala macam jenis besi motor tu. Ayong sabar je melayan saya yang bagi idea2 mengarut..minta tolong orang tulah, orang nilah

"kalo acik boleh tunggang motor ni mungkin cepat sikit kot, ayong bh jln kaki.." ayong bagi idea yang membuat aku tersengih..

"heheh.. kalo acik tunggang, bukan motor ni je yang masuk bengkel..dengan acik2 sekali kena repair dalam hospital.."

kesudahannya, kami mengheret motor tu sampai ke bengkel, Ops, sebenarnya ayong yang heret.. katanya berat takut acik tak larat.. saya tak percaya, pastu buat2 gagahlah..
sekali pegang, rupa2nya memang berat! I'm surrender ayong.. barulah saya rasa kepentingan wanita pun perlu menguasai bidang pengangkutan dan perhubungan.

Sementara menunggu motor siap direpair, kami berbual2 memikirkan hikmah di sebalik ujian tersebut. bila duduk ngan orang dewasa ni, memang bercambah idea yang tak disangka2. ayong mengaitkan andai kata lelaki tidak ada dalam hidup kita, contoh..isteri kematian suami, adik-beradik perempuan ketiadaan abang dan ayah.. masa tulah kita..wanita ni perlu berdikari dan tidak bergantung kepada lelaki semata-mata.. (Walaupun pointnya hanya bermula dengan mengheret motor sampai ke bengkel..)
katanya..

"kita ni bakal isteri mujahid.." insyaAllah, ameen..

ya! kita mujahidah. jiwa mesti kental, hati mesti tabah bukan layu macam sayur sawi yang kehilangan zatnya.. tapi kukuh dan utuh seperti pohon rimba yang gagah perkasa mencengkam tanah, melindungi dari sebarang runtuhan.

Maka, ditelusuri perjuangan2 sayap kiri mujahid dahulu, yang ramainya di kalangan mereka ada yang mengambil alih tugas kaum lelaki. turut disebut, pernah zaujah kepada sheikh Ahmad Yassin.. berucap memberi kata-kata semangat di atas meja di hadapan khalayak ramai. Andai kitalah, berani tak berucap atas meja di depan sahabat2 di kampus.. OK2 keadaan berbeza ye.. OK2!!

Umar bin Khultum, seorang penyair arab dengan penuh bangga menyebut
" wanita2 berwajah jelita putih cantik berdiri di belakang barisan kami, kami sentiasa takut kalau mereka dihina dan musuh2 mengambil tempat2 mereka. wanita2 ini telah menerima ikrar dari suami mereka untuk menunjukkan kehandalan di medan peperangan. mereka mengiringi kami, mereka mengambil senjata2 dan kuda2 musuh yang ditawan. itulah wanita2 dari keluarga Jashim b Bakr. mereka bukan hanya memiliki kecantikan, tetapi juga mewarisi adat keluarga dan agama, mereka memelihara kuda2 kami dan mereka berkata ' Jika kamu tidak dapat melindungi kami dari musuh, kamu bukanlah suami kami."

Ok, buat serikandi2 akhir zaman..jangan tunggu kita berwajah jelita putih cantik seperti ahli keluarga Jashim b Bakr.. baru boleh berjuang, yang berkulit bermacam warna semua boleh dan perlu berjuang. ambillah ibrah dari syair tersebut...
sejarah tak perla lupa akan kehebatan mereka, tapi kita yang terlupa ambil tahu pasal sejarah.

InsyaAllah. andai diizinkanNya..saya akan berkongsi lagi tentang Heroic Deeds of Muslim Women karangan Syed Sulaiman an Nadawi di lain article. jadi, terima kasih kepada keluarga Che Wan yang sudi menerima saya sebagai tetamu, melayan keranah saya dan menghadiahkan kenangan dan pengalaman yang manis lagi bermakna. Sebuah rumah di tepi sekolah akan saya abadikan dalam bingkai memori dan acik tak serik untuk datang lagi! Buat Kak Ma, tahniah atas keputusan dapat posting ke KL..

akhir kalam, jejaklah sirah dalam siratul haya'

P/S : kalo ada terlebih terkurang dalam penceritaan mahupun bahasa yang digunakan, harap dimaafi dan jangan lupa untuk menegur. ruangan comment dibina bukan saja2, tapi untuk penambahbaikan si penulis ^^