Feb 13, 2010

berhati-hati menjaga hati



Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan2, tahap demi tahap. Pertama kali kita berbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu mmg resah. Benarlah seperti yg sering diungkapkan, apabila manusia berdosa dia bukan shj menentang Allah tetapi jg menentng dirinya sendiri.

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yg sama dibuat kali ke2, ke3, dan seterusnya...rasa bersalah itu akn hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu tlh terbiasa dgn dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia srina dimamah dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yg mengalir krn kekesalan dan penyesalan...tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati tlh tega utk berdosa.

Dosa itu racun yg disalut dgn kemanisan. Dosa yg dilazimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dgn dosa, kederhakaan meningkat lbh parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan indah dgn dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang utk melakukannya. Rasa ketagih dgn maksiat, merasa gian dgn kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yg terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yg tiada taranya.

Nafsu x pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuh raya nafsu, diri yg seronok dgn dosa itu dirasuk utk 'maju' setapak lagi. Itulah tahap ke4 yg lebih dasyat dan sesat. keseronokan doa menjadikan si berdosa itu pembela dan pejuangnya. dosa dipromosi dan dihiasi sbg jln kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama yg bercakap ttg akhirat dan kiamat...pejuang dosa itupun bangun menentangnya dgn seluruh upaya dan kudrat.

justeru wahai diri, berhati2lah dgn dosa. Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan spt belati yg membunuh tiba2, tetapi ia umpama api dlm sekm yg membara dlm diam. Keterlanjuran kali pertama jangan
disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.

Wahai diri...ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah 'peringatan' yg Allah bekalkan secara tabii utk menjaga fitrah insani. Itu petanda hatimu masih hidup. Bukan penyesalan itu syarat taubat? Makam susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dgn Allah). Jika dosa itu dgn manusia, tambahlah lagi dgn syarat ke4. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. bertaubatlah kembali. hatimu akan hidup lagi. selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada sarana utk kembali kpd Allah. jgn putus asa oleh taubat yg patah, krn kasih syg Alah akn menumbuhkan taubat kali ke2, ke3 dan seterusnya.

wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yg 'tidak menjadi' berbanding larian dosa yg maju dan laju tanpa henti2. lebih baik terbentur, drpd patah. lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, drpd tertipu oleh 'nikmatnya' yg menyebabkan siksa selamanya di akhirat.

wahai diri, ingatlah...sekalipun kau terhijab drpd mengecapi nikmat ketaatan tapi jgn sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. berhati-hatilah menjaga hati. tidak mengapa kau selalu menangis krn dosa...tetapi jgn sampai kau tersenyum kerananya! ingatlah selalu, kejahatan yg menyebabkan kau menangis, lebih baik drpd kebaikan yg menimbulkan rasa takbur!

ayuh check hati kita!! hati..adalah khazanah yang perlu kita jaga, perlu kita didik agar tak tercalar dek warna2 yang mengegelapkan pandangan kita untuk melihat kebenaran....

No comments: