Feb 13, 2010

sahabatku pendokong islam

Khas Buat Sahabatku Pendokong Islam

Sahabatku pendokong islam
Penerus warisan risalatu Rasulillah
Sesungguhnya jalan yg dipilih ini
Bukanlah setenang air di kali
Malah berliku-liku bak jalan kota raya
Ditambah lagi dengan hiruk-pikuk dunia
Yg memerlukan kekentalan
Bukan sahaja jasadiyah malah rohaniyah

Sahabatku pendokong islam
Hakikatnya perjuangan ini
Tidakkan bermakna di sisiNya
Tanpa terjalin ikatan islamiyyah
Mewarnai jalan suci ini
Kerna kau sendiri tahu
Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara
Dan tidakkan menang para mujahidin
Sekiranya mereka berpaling muka
Sesama mereka….

Engkau benar sahabatku
Kita sering terluka
malah pernah bersilang kata
tapi usah biarkan ia menodai
ikatan kita..malah jadikan ia
sebagai titik penolak kematangan kita
bersahabat dalam berjuang
agar musuh durjana tidakkan mudah
menyusup ke benteng yg kita bina

Sahabatku pendokong islam
Di sebalik kepayahan ini
Terselit kesenangan
Yang tidak kita sedari..
Walaupun perjuangan ini
tidak dibentangkan hamparan mewah
namun bukan keindahan sementara ini yg dimpikan
tetapi nun jauh di sana
yang abadi nan hakiki

sahabatku pendokong islam
janganlah kau berputus harapan
dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan
pohonlah dikurniakan ketabahan
dan kesabaran para syuhada’ terdahulu
agar kita menjadi seteguh karang di lautan


Ya Allah,
Berikanlah kami kecekalan, ketabahan,
dan keyakinan
Sepertimana para sahabat dan awliya’
Dikala kami diuji dalam tarbiyyahMu
Sesungguhya syahid yag kami impi
syurga kami idami
dan keredaanMu terhadap kami
janganlah kau biarkan kami
dibelenggu dan dicengkam
nafsu kami sendiri…………




khas buat sahabat2 seperjuangan....khas aku nukilkan buat kalian, sebagai ingatan perit jerih perjuangan yang takkan aku lupa dan yang menjadi temanku utk lalui kehidupan yang datang walaupun korang tiada di sisi.. puisi ni taklah sehebat pemuisi2 yang masyhur lagi berpengalaman...aku ni anak muda yang baru bertatih dan ingin berkongsi rasa dan hati melaui pena yang kukira baru di peringkat anak tangga....moga keredaan dan keberkatan dari Allah mengiringi setiap pergerakanku...seterusnya memayungi kita semua dengan limpah dan kurniaanNya...
wallahu'alam..........

No comments: