Jun 28, 2010

tua tapi muda??!!

RAMAI PELAKU DOSA SENGSARA HIDUPNYA KERANA MASIH MUDA DALAM MENGENAL ERTI SEBENAR KEHIDUPAN


Salam ukhuwwah seharum mahabbah buat semua pembaca yang sudi menyinggah mata di ruangan ini. Hari ini kita nak mengajak main kira-kira. Jom!! sediakan calculator ataupun yang sewaktu dengannya..kita pakat kira banyak mana sumbangan yang telah kita keluarkan dari akaun iman dan amal kita untuk pembangunan islam. Sudah berapa percent dari carta otak kita dah digunakan untuk fikirkan perihal umat yang kian sakit dimamah usia dosa. Hari ini kita cukup bangga membuka kembali lipatan sejarah para mujahidin terdahulu yang telah mencapai zaman peradaban islam yang gilang-gemilang… sehinggakan terbenamnya keupayaan-keupayaan kuasa-kuasa besar lain yang bercita-cita menguasai dunia. Kita cukup bersemangat menyanyikan nasyid-nasyid perjuangan, sangat gemar mendendangkan nasyid Al-Fateh dan Sallahudeen yang menjadi trademark slide show2 di mana-mana program. Namun, adakah roh perjuangan mereka ini meresap ke dalam diri kita??

Ayuh pemuda harapan bangsa, pemudi tiang agama.....usahlah kita hanya nostalgik terhadap pencapaian umat islam dalam membina tamadun…bimbang terus terkurung di gerbang imaginasi yang takde kesudahan..tetapi ayuhlah kita reflektif tentang kehebatan tokoh-tokoh pejuang dengan meneliti pra-syarat kemenangan mereka…bagaimana?? Telusurilah sejarah.. kekuatan kemenangan umat terdahulu adalah kerana kekuatan aqidah serta ibadah yang sahih yang mana telah menjadi asas yang terpenting dalam diri mereka di samping ikatan persaudaraan yang tiada tandingnya. Aduh… terhinanya kita dengan diri sendiri, malunya…sungguh jauh jarak perbezaan diri kita dengan mereka.

Hari ni kita terlalu tunduk dengan kehendak nafsu nafsi sehingga melahirkan golongan pembela agama yang meruntuhkan agama sendiri . Menggadaikan islam dengan dunia. natijahnya..kehendak fitrah kita terabai yakni islam sebagai ad-deen atau islam sebagai cara hidup kita

Marilah..kita nak ajak sedare-sedari duduk sebentar…berfikir sekejap…. Ayat ni dah biasa kita dengar.. Surah Al-Baqarah ayat 30 “ dan ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘ aku hendak menjadikan khalifah di bumi………”. ni ayat yang berkaitan dengan tujuan sebenar hidup kita. Benar.. ramai di kalangan kita hidup sengsara bertemankan dosa kerana masih muda dalam mengenal erti hidup. Mungkin kita juga termasuk dalam golongan ini. Sedar atau tidak.. jiwa kita sangat gersang, hati kita rindukan ketenangan, kita rindukan keharmonian dan perpaduan, kita tidak pernah bahagia walau kita gembira, kita sibuk mencari sesuatu yang boleh memperlihatkan kesempurnaan diri kita.. patutlah! rupa-rupanya kita lupa padaNya. Kita lupa yang kita diturunkan membawa misi khalifah yang perlu kita tanggung dan jawab di akhirat sana. Paksikanlah tujuan hidup dengan dua sumber yang takkan luput dek masa mahupun zaman melainkan dengan kehendakNya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, tanpa kedua2nya, manusia akan mudah tergelincir, sesat, dan hanyut dek deras arus dunia. manusia tanpa panduan al-quran dan as-sunnah seperti kiambang yang indah di permukaan air. Tetapi akarnya tidak berjejak di bumi dan bila dilanda arus deras, ia akan mudah hanyut.

Akhir kalam, renungi kata2 dari Imam Al-Ghazali ini, kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. Wallahu`alam, ampun dan maaf dipinta…assalamualaikum!!


FIKIR2 YE!!

No comments: