Jul 2, 2010

mutiara hati (^_^)

bersama deru angin
lembut menyapa memori
pada sebuah bingkai kenangan
yang pernah kita ukir bersama

baru kini kusedari

kau ibarat mutiara
sukar untuk dicari
walau ke dasar laut telah kuselami
namun,
sungguh tinggi nilaimu
sehingga sang penyelam yg hebat sekalipun

belum tentu dapat memilki

kilauanmu itu

sekiranya aku ditakdirkan Ilahi

menjadi pemilik mutiara itu..

pasti ku gilapnya
sehingga bertambah sinarnya itu
akan ku simpan di tempat yang selamat
agar ia tidak dicuri
dek tangan2 manusia durjana.....

kini...
aku terdampar di daerah baru
walau mutiara itu tidak dapat kugenggam

namun aku yakin...
kilauannya itu tetap berseri

menyinari di hatiku

sehingga ia menjadi penyuluh

setiap derap langkah perjuanganku
menjadi cahaya....
tatkala mata diselubung kelambu malam

sahabat..
engkaulah mutiara itu..
mencari sahabat sepertimu
ibarat mencari kilauan kaca
di pasir pantai...
pentas hidupku terasa sunyi
tanpa gelak tawamu
bahuku yang sering kausandarkan

tiap kali kau kesedihan
menjadi memoir
perit perjuangan kita bersama





tapi..
inilah fenomena kehidupan

bertemu berpisah
adat manusia biasa
walau jauh dari pandangan
namun pasak di sanubari

aku serahkan kau

di bawah jagaan Allah

kerana aku yakin...
kau pasti selamat
di bawah lindunganNya
jika kau sedih mahupun gusar

ingatlah padaNya

nescaya kau akan tenang

kerana Dialah sebaik2 Penolong buat mukminin
dan aku di sini..
akan sentiasa berdoa
untukmu sahabat...

andai malaikat maut menjemputku
maafkanlah diriku

yang mungkin pernah menghiris kalbumu
aku hanya hamba yg
lemah tanpa bantuanNya
hina tanpa petunjukNya

doakanlah...
agar aku
ditempatkan bersama2 golongan yang dikasihiNya
ana sayang antunna kerana ALLAH!!





2 comments:

saye said...

Salam..

adila, awat sedih gnie..melodi die.isk, sayu ana tibe2.

huhu. ^ ^ xpe, ia perlu.

eh, sat..awat cbox nti ana xdpt post, smthng happen maybe?

papeown, wah..ana x sangke jumpe nti nye blog.huhuhuhu. ampun, kurang explore dil. =)

adilawie said...

wsalam..

muzik gnie bg sy ilham na..
huihuihui

cbox?? ntahle dy tuu
cube laen kali na..

thanx (^_^)