Oct 1, 2010

sakit belakang??

salam..pissts... nak kongsi skit..(copy paste je ni..)


punca sakit belakang!


Di dalam tulang belakang terdapat saraf tunjuang yang menghubungkan antara organ dengan otak. Saraf ini berfungsi menerima isyarat memproses dan menjadi pengantara antara bahagian otak dan sesuatu organ.

Sesuatu organ akan sentiasa menerima isyarat tenaga daripada Kelenjar Pineal (NW1) dalam bentuk isyarat bertekanan tinggi dan menghantar isyarat yang bertekanan rendah ke tulang Coccyx (tulang sulbi). Proses ini akan memastikan sesuatu organ terus berfungsi seperti biasa.

Apabila suatu organ lemah atau berpenyakit, ia akan menghantar isyarat bertekanan rendah yang lebih banyak daripada biasa. Isyarat ini akan dipendam oleh saraf tunjang sebelum diproses untuk dihantar dan dineutralkan oleh tulang sulbi. Pemendaman ini lah (sementara menunggu ia dihantar dan diproses oleh tulang sulbi) akan menyebabkan struktur atom di bahagian tulang belakang menjadi lemah ikatannya. Pemendaman tenaga yang berterusan ini akan menjadikan tulang atau ruas tulang menjadi sangat lembut dan mudah tercedera. Kesan tekanan graviti atau aktiviti lasak akan menjadikan ia mudah tercedera atau menyebabkan kesan tergelincir. Antara penyakit kronik yang didakwa atau diistilahkan berkaitan dengan sakit tulang belakang iala slip disk.

Sebenarnya walaupun hanya ada terlebih sedikit sahaja isyarat bertekanan rendah daripada tahap normal, rasa kesakitan telah mula dirasai. Jika isyarat tersebut terlalu banyak dan berlaku berulang kali, maka ia akan menyebabkan sakit belakang menjadi kronik.

Petua Mengurangkan Simptom Sakit Belakang

  • Setiap pesakit mempunyai punca yang berbeza antara satu sama lain dan ia
    dapat ditentukan setelah pemeriksaan (mengikut kaedah Applied Kinesiology secara
    terpeinci dan tepat)dijalankan. Untuk tidak menghampakan, berikut ialah
    ringkasan petua yang ingin diperturunkan di sini untuk mengurangkan simptom
    sakit belakang.
  • Amalkan membengkok lutut ketika mengambil barang, jangan membongkokkan
    pinggang. Caranya ialah dengan duduk mencangkung sedikit, angkat barang dan naik
    dengan cara meluruskan lutut semula. Cara ini dapat mengelakkan sakit belakang
    terutama di bahagian pinggul atau Cervical.
  • Jaga amalan pemakanan kerana sebahagian sakit tulang belakang adalah
    berpunca daripada organ-organ yang terlibat dengan penghadaman. Elakkan makan
    makanan yang masam berlebihan, makanan yang mengandungi pewarna atau perisa atau
    pengawit. Elakkan mengambil kopi terutama Nescefe dan air bergas /
    bikarbonat.
  • Menghentikan makanan berprotein akan menyumbang kepada 80% kesan pemulihan
    terhadap sakit belakang.
  • cuba try test ikut petua ni..insyaallah usaha dulu..hasilnya kta rase sama2..

Psikologi adalah perkara terpenting yang perlu diawasi kerana ia sangat berkaitan dengan organ penghadaman. Saya akan terangkan secara terpeinci dan penuh saintifik kaitan antara organ dan karekor yang dikatakan sebagai punca penyakit belakang di dalam post yang lain, insya Allah. Sebagai langkah amalan gaya hidup sihat, berikut ialah perkara yang perlu dijaga:-

  • Banyak bersabar, kawal perasaan marah (berkaitan dengan Hempedu (NW14),
    Tekanan darah tinggi (NW7).~marah punca byk penyakit tau! take serious ni..
  • Jangan mudah rasa teraniaya jika dizalimi atau diperlakukan dengan sesuatu
    yang tidak adil (berkaitan dengan sistem limpatik (NW12).
  • Jangan mudah rasa tidak puas hati, cemburu, kecewa, hasad, dengki, khianat (yang berkaitan dengan organ pankreas (NW15)~ jgn main2
  • Jangan mudah bersedih (yang berkaitan dengan organ paru-paru (NW10)~smile^_^
  • Jangan mudah risau (yang berkaitan dengan jantung (NW11)
  • Jangan terlalu cerewet, berkira atau cepat melatah (berkaitan dengan buah
    pinggang
    NW13).
P/S : NW tuu adalah formula2...bleh layan di attitude therapy..

No comments: