Nov 17, 2010

berkorban atau dikorban?!



Pagi yang hening.. suhu pula suam2 suku je rasanya..
bau nasi minyak mak masak menusuk ke dalam hidung ditambah pula suara takbir yang berkumandang.. sungguh! lain benar rasanya Raya Korban kali ini berbanding yang lepas

apa yang lain sangat tu cik dilah??

yee..memang lain! sebab biasanya mak masak nasi impit dengan kuah kacang, tiba2 je ubah menu tahun ni..

cut!!! INI ADALAH IKLAN SEMATA2

BISMILLAH..

Salam Aidiladha buat semua teman seperjuangan...
Semalam bukalah TV3, pukul 8 malam...maka tersiarlah berita2 yang sakit telinga mendengar, berpinar mata melihat, resah hati memikirkan...

Petaling Jaya- Budak umur 17 tahun mati ditembak seorang atuk ketika didapati nak menyamun rumahnya..

Pekan- Seorang ibu bertakbir dikapak anak..Sungguh menyayat hati apabila seorang ibu ditetak anak sendiri akibat terpengaruh dengan ilmu mistik. Astagfirullahal a'zim...

Johor Bharu- Seorang ayah mati ditikam di bahagian belakang kepala dan dada oleh menantu lelaki sendiri! akibat peristiwa adalah kerana berlaku salah faham di antara mereka. Yang menambahkan lagi kesakitan dan kesedihan..si anak perempuan masih sempat mengantar sms sewaktu bedah siasat arwah dengan menyatakan bahawa suaminya tak bersalah...sebaliknya arwah yang menikam diri sendiri! Ya Allah...

Ketiga2 kes ni memang mempunyai kesamaan yakni, pertama..suspek dan mangsa adalah warga melayu. dan kedua, semua kejadian berlaku sehari sebelum Aidiladha. ye.. ini juga dinamakan korban, tapi korban yang tidak kita ingini. Inilah penyakit umat kita sekarang..

Dan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu".
Sahabat bertanya: "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"
Nabi menjawab: "Penyakit-penyakit itu ialah;
(1)
terlalu banyak seronok,
(2)
terlalu mewah,
(3)
menghimpun harta sebanyak mungkin,
(4)
tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,
(5)
saling memarahi,
(6)
hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
(Hadis riwayat Hakim)


Berbicara soal korban ni, teringat pula lagu P.Ramlee, berkorban apa saja.. lupa pula filem apa. pe2 pun, mai kita hayati sekejap liriknya.. bolehlah ikut saya menyanyi bersama2..


berkorban apa saja
harta atau pun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia

kepentingan sendiri
tidak diingini
bahagia kekasih
saja yang diharapi

berkorban apa saja
harta atau pun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia
hm...hm...hm...

untuk menjadi bukti
kasih yang sejati
itulah tandanya
jika mahu diuji

berkorban apa saja
harta atau pun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia


Wahai teman pembaca yang budiman, bukan suka2 saya nak ajak korang berkaroke dan bukan saja2 saya nak bawak cerita pasal kes2 bunuh yang berlaku. Kejadian korban yang tak diingini perlu kita jauhi dan ubati penyakit tersebut. Ubati pemikiran, hati dan akal masyarakat yang sudah sesak diamuk virus2 yang membinasakan. kekontangan iman akibat kekeringan didikan rohani membuatkan umat hilang harga diri.

Soal pengorbanan kadang2 memang payah dihayati dan direalisasi. Melihat diri sendiri yang ada kalanya mengeluh apabila dicuri masa rehat. Mengaku kononnya mujahidah dan pejuang agama, tapi masih gagal mengorbankan tenaga dan harta. Kalau begini sikap pejuang, bagaimana mahu mengubati penyakit umat. Hanya berslogan tanpa tindakan ibarat makan gaji buta sahaja dengan Tuhan. Allah memberi masa lapang, namun diisi dengan gelak tawa dan perkara yang tak bermanfaat, Allah kurniakan harta dan rezeki tapi lokek untuk disedekahkan, Allah kurniakan kesihatan tapi jarang digunakan untuk menambah amalan, Allah berikan kepakaran dan kekuatan tapi masih bakhil menyumbang bakti.. Dan sedar atau tidak, kita payah untuk mengorbankan perasaan kita terutama apabila bertembung di antara kehendak diri dengan kehendak gerak kerja islam. Terlalu banyak yang Allah berikan, tapi jarang dan mungkin tidak pernah kita gunakan untuk menyumbang kepada Islam..

Teman pembaca yang budiman, saya tidak suka tuju-menuju, ini hakikat yang lahir dari diri sendiri. Maka, saya memerlukan teman sekalian untuk menampung kekurangan diri. Ayuhlah sama2 kita hayati dan cuba praktikkan dalam kehidupan akan firman Allah:

"Sesungguhnya allah telah membeli dari orang2 yg beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang di jalan Allah maka di antara mereka ada yang membunuh dan ada yang terbunuh. (Balasan syurga yg demikian adalah sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dlm kitab2 Tarurat dan Injil dan Al-Quran ; dan siapakh lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dgn jualan yg kamu jalankan jual-belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual beli yg seperti itu ialah kemenangan yang besar"

Hakikatnya, si penulis tetap manusia normal seperti yang lain. menulis memang senang, cuma menggunakan jari. Tapi tnggungjawab penulis sgt besar dalam menghayati dan beramal dengan apa yang ditulis. Segala terkurang dan terlebih harap dimaafi. Tegurlah, kerana setiap teguran anda amat saya hargai dan sanjungi... Wallahua'lam..

sedikit sajak penutup tirai..

wahai pemudi
usah dikorbankan maruahmu
hanya kerna menagih kasih pemuda
jangan diserah mahkotamu
hanya kerna mahu memiliki istana pemuda

wahai pemuda
jangan kau korbankan jiwamu
hanya kerana kecantikan pemudi
jangan kau korbankan nyawamu
demi perjuangkan egois diri

wahai pemuda pemudi
kau harapan agama dan bangsa
rosakmu, maka rosaklah bangsa
jatuhmu maka jatuhlah masa depan negara
benar agama tak perlukanmu
tapi, andai kamu memalingkan dari agama
maka kamu akan terus terhina dan dihina
oleh alam dan seisinya




P/S: Sesape yg nak tau lbh lanjut pasal kes2 bunuh tuu leh rujuk here mymetro

No comments: